MrBeast Cecah 200 Juta ‘Subscribers’, Kedua Tertinggi Di Dunia

MrBeast Cecah 200 Juta ‘Subscribers’, Kedua Tertinggi Di Dunia

Jimmy ‘MrBeast’ Donaldson telah melepasi kiraan 200 juta subscribers di YouTube. Untuk meraikan kejayaannya itu, MrBeast menunjukkan gambar bilangan subscribers itu di media sosial.

Dia juga menyatakan ketidakpercayaan yang dirinya yang muda dahulu akan alami dengan bilangan sedemikian.

Namun, Youtuber sensasi berumur 25 tahun itu berkata yang dia masih mempunyai banyak tahun untuk mencipta kandungan.

Walaupun MrBeast terkenal dengan kedermawanan dan cabaran penontonnya, pencipta kandungan dari Carolina Utara itu juga terkenal dengan dedikasi terhadap kraftnya.

Beberapa videonya yang awal mendapat ribuan tontonan, lonjakan MrBeast untuk menjadi terkenal terjadi pada tahun 2017, dengan video 23 jamnya yang mengira sehingga 100,000 mendapat tontonan sebanyak 29 juta.

Terdapat beberapa pengkritik yang berfikiran bahawa cabaran ‘viral’ MrBeast yang melampau itu adalah eksploitatif, ia tidak menghalang MrBeast daripada terus menggunakan kemasyhuran dan kekayaannya untuk menyokong penonton dan badan amal.

Hasil daripada popularitinya, MrBeast telah memenangi banyak anugerah pencipta kandungan, daripada Anugerah Streamy hingga Anugerah Pilihan Kanak-kanak Nickelodeon.

Bagaimanapun, kejayaan terbaru ini mungkin antara yang terbesar dalam kerjayanya setakat ini.

Pada Sabtu 14 Oktober yang lalu, MrBeast telah menyiarkan di media sosialnya bahawa saluran YouTube utamanya telah mendapat 200 juta subscribers.

Ia telah membuat saluran YouTube MrBeast kedua terkenal pada waktu penulisan ini, dengan saluran T-Series dari India berada di tempat teratas dengan 251 juta subscribers.

Namun, MrBeast merupakan sebuah saluran yang bukan daripada mana-mana jenama, dan kiraan subscribers dia adalah dua kali ganda daripada YouTuber Swedish iaitu Felix ‘PewDiePie’ Kjellberg.

Di akhir 2022, MrBeast telah melepasi bilangan subscriber PewDiePie.

Memecahkan Rekod 

Walau bagaimanapun, itu bukan satu-satunya rekod yang dipecahkan oleh MrBeast pada 14 Oktober. Video yang dikeluarkan pada hari yang sama, video “$1 vs $100,000,000 House”, mempunyai lebih 65 juta tontonan pada masa penulisan dan merupakan video paling ‘trending’ di YouTube.

Video itu telah memecahkan rekod untuk tontonan terbanyak dalam masa 24 jam, rekod itu pula telah dibuat oleh MrBeast sendiri dengan videonya, ‘7 Days Stranded at Sea’ dengan tontonan sebanyak 47 juta dalam masa satu hari.

Di media sosial, pencipta kandungan yang lain dan juga peminat-peminatnya mengucapkan tahniah kepada MrBeast atas kejayaannya untuk mendapat 200 juta subscribers di YouTube.

MrBeast berkata bahawa kejayaan video baharu itu adalah hasil perubahan yang telah dilakukan oleh dia dan juga pasukan produksinya.

Masih belum diketahui jika MrBeast akan melintasi T-Series untuk tempat teratas pada bilangan subscriber YouTube.

Sumber: Game Rant

BACA JUGA: Apa Beza “Decline/Accept” Dengan “Slide To Answer” Di Iphone Bila Panggilan Masuk? Ini Jawapannya

 

The post MrBeast Cecah 200 Juta ‘Subscribers’, Kedua Tertinggi Di Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*