Ratusan penumpang terkandas di perairan Australia Selatan 

ADELAIDE: Ratusan penumpang sebuah kapal persiaran yang terkandas di perairan Australia Selatan, berharap agar dapat kembali ke daratan dengan selamat.

Perkara tersebut diluahkan dalam tempoh tujuh hari selepas kapal persiaran itu tidak dapat berlabuh di beberapa pelabuhan kerana halangan disebabkan `tumbuhan marin’ yang dipercayai sejenis kulat dikesan dibawah permukaan kapal.

Lapor The Guardian, menurut laman sesawang VesselFinder.com, Viking Orion tidak berlabuh di pelabuhan sejak kapal persiaran itu berlepas dari Wellington di New Zealand pada Boxing Day.

Kapal persiaran itu tidak diberi kebenaran untuk berlabuh bagi membersihkan bahagian bawahnya di Christchurch, Dunedin dan Hobart sebelum menuju ke Adelaide.                  

Sebelum tiba di destinasi tersebut, Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan Australia memaklumkan kapal berkenaan mempunyai sejumlah kecil biofoul iaitu mikroorganisma marin, tumbuhan, alga atau kulat pada permukaan kapalnya.

Pihak berkuasa kemudian mengarahkan pihak Viking Orion supaya bahagian bawah kapal itu dibersihkan sebelum memasuki perairan Australia.

“Viking Orion dikehendaki menjalani proses pembersihan di permukaan bawahnya untuk menyingkirkan biofoul dan mengelakkan organisma marin yang berbahaya diangkut oleh kapal itu.

“Penyelam profesional bekerjasama dengan kakitangan kapal untuk membersihkan bahagian bawah kapal semasa berlabuh di luar perairan Australia.

“Proses pembersihan itu adalah amalan biasa bagi semua ketibaan kapal persiaran antarabangsa,” jelas Jabatan Perikanan Australia.

Sementara itu, seorang wakil Viking Orion berkata, kapal itu akan berlayar ke Melbourne pada hari Ahad dan meneruskan perjalanannya pada Isnin. 

The post Ratusan penumpang terkandas di perairan Australia Selatan  appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*