Mufti Kelantan Bimbang Buka Puasa Di Tanah Perkuburan Timbul Pelanggaran Adab, Akhlak

buka puasa di tanah perkuburan

Mufti Kelantan Bimbang Buka Puasa Di Tanah Perkuburan Timbul Pelanggaran Adab, Akhlak

Tindakan berbuka puasa di perkarangan tanah perkuburan dibimbangi menimbulkan pelanggaran adab dan akhlak, menurut Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau menyifatkan perbuatan sedemikian adalah kurang sesuai dilakukan susulan ia merupakan tempat tanah perkuburan yang mempunyai adab untuk diikuti.

Tambahnya, beliau juga meminta orang ramai untuk melakukan aktiviti berbuka puasa itu di tempat yang sesuai dan lapang.

“Sebagai contoh masa ziarah kubur, kalau tidak pakai tudung (golongan wanita) perkara tersebut kurang elok atau semasa berbuka puasa bergaul dengan yang tidak sepatutnya…umpamanya.

“Itu akan jadi masalahnya. Jelaslah kalau begitu ia menjadi pelanggaran akhlak.

“Saya berpandangan eloklah cari tempat yang lebih sesuai, berbuka puasa di tempat lapang tiada salahnya sebagaimana yang dilakukan ketika ini seperti di atas padang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas berhubung tindakan penduduk mengadakan aktiviti tersebut di kawasan tanah perkuburan.

Dalam pada itu, Mohamad Shukri menjelaskan bahawa perbuatan melakukan tahlil di kawasan perkuburan tidak mendatangkan masalah.

BACA: Liga Bola Sepak AS Perkenal Polisi “Drink Break”, Beri Pemain Muslim Masa Buka Puasa Ketika “Game”

Program tahunan penduduk

Sebelum ini, media melaporkan majlis berbuka puasa di tanah perkuburan telah dilakukan oleh penduduk di Kampung Alor Hijau, Pasir Puteh.

Aktiviti tersebut diadakan bagi mengeratkan silaturahim sanak saudara yang masih hidup.

Difahamkan, ia merupakan program tahunan penduduk tersebut untuk memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia kata pengarah acara, Tuan Wi Tuan Ya.

“Peluang ini kami gunakan untuk berkumpul serta mengadakan tahlil secara beramai-ramai sebelum berbuka puasa.

“Walaupun ada dalam kalangan ahli keluarga yang telah meninggal dunia, tetapi hubungan antara kami masih lagi kekal terjalin,” ujarnya.

Sementara itu, beliau juga berharap agar acara tahunan ini akan diadakan pada setiap kali Ramadan supaya dapat mengekalkan hubungan silaturahim.

Apabila ditanya mengenai pemilihan tempat, Tuan Wi memaklumkan beliau tidak mahu generasi muda hanya melawat kubur pada Hari Raya sahaja.

“Saya mahu amalan menziarahi pusara ini dilakukan secara berkala,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

BACA: “Petang Sikit Make-up Dah Pecah,” 5 Rutin Wajib Buat Dari Sekarang Kalau Nak Kulit Cantik Masa Raya

The post Mufti Kelantan Bimbang Buka Puasa Di Tanah Perkuburan Timbul Pelanggaran Adab, Akhlak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*