Tular Rakaman Penampakan ‘UFO’ Dikesan Di Bandar Argentina

ufo argentina

Tular Rakaman UFO Dikesan Di Bandar Argentina

BUENOS AIRES —  Penampakan sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) sempat dirakamkan berlegar di ruang udara di wilayah Tucuman, Argentina, lapor Metro UK.

Difahamkan, kelibat objek itu tular di media sosial dan telah mencetuskan panik serta persoalan orang ramai.

Bahkan objek itu didakwa bergerak ke arah individu yang merakam video terbabit.

Sementara itu, sesetengah pengguna media sosial turut mendakwa objek itu dipercayai muncul akibat perubahan corak langit atau berpunca daripada kebakaran.

Gambar: CEN via Metro UK

Seorang warganet bergurau senda mengatakan bahawa bulatan ganjil berlegar di langit itu menyerupai sejenis ‘nyamuk di luar angkasa’.

“Objek terbang itu berkemungkinan disebabkan oleh pembakaran atau kebakaran yang berlaku,” kata seorang pengguna yang memberikan teori sendiri.

Sebelum ini, sebuah objek terbang (UFO) turut didakwa berlegar-legar di ruang langit bandar Deyang, China.

Kejadian telah mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang beranggapan bahawa makhluk asing bakal ‘menakluki’ bumi.

Penampakan ‘UFO’ di Pasuruan, Indonesia

Terdahulu, CNN Indonesia melaporkan sebuah pesawat asing atau objek terbang tidak dikenali (UFO) dikesan oleh penduduk di bandar Pasuruan di Indonesia.

Kejadian itu menimbulkan kekecohan dan turut tular di media sosial.

Perkara tersebut terjadi apabila satu rakaman yang dimuat naik oleh akaun @kabarufo di Twitter memaparkan satu objek putih bergerak di langit.

Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan objek putih nipis bergerak secara perlahan di langit biru.

BACA: Nak Pos Barang? Ketahui Tiga Servis Pos Malaysia Yang Terlibat Kenaikan SST

“Penampakan UFO di Bangil, Pasuruan, Jawa timur, 9 Julai 2023, jam 12 waktu Indonesia Barat dirakam.

“Objek berbentuk rata atau bujur berwarna putih terbang terus dari timur ke barat dan tiada bunyi yang dikeluarkan,” memetik ciapan akaun itu.

Ketua Bahagian Data dan Maklumat Badan Meteorologi, Cuaca dan Geofizik (BMKG) Juanda Teguh Tri Susanto berkata tiada objek kelihatan di langit ketika fenomena itu berlaku.

“Langit cerah, tidak ada apa-apa,” katanya.

Ketika ditanya lebih lanjut mengenai dakwaan UFO, beliau berkata itu bukan kepakarannya dalam mengenal pasti objek tersebut.

“UFO bukan domain BMKG, sila tanya pihak berkaitan,” ujarnya.

Selaras dengan itu, peramal cuaca BMKG Maritim Tanjung Perak Surabaya Sutarno berkata cuaca cerah ketika penampakan itu berlaku.

“Tiada maklumat daripada rakan BMKG di Pasuruan.

“Ya tuan, tiada ada (laporan fenomena alam) daripada rakan-rakan, cuaca juga kondusif,” katanya.

Sumber: Metro UK 

The post Tular Rakaman Penampakan ‘UFO’ Dikesan Di Bandar Argentina appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*