Tular Warga Asing Ditahan Tiada Lesen, Polis Sahkan Motosikal Dinaiki Milik Anggota PDRM

Tiada lesen motosikal

Tular Warga Asing Ditahan Tiada Lesen, Polis Sahkan Motosikal Dinaiki Milik Anggota PDRM

Sebuah motosikal yang ditunggang seorang warga asing tanpa lesen dan tidak mempunyai cukai jalan disahkan milik seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusuf berkata, video tular di media sosial pada Ahad lalu itu memaparkan seorang warga asing yang telah ditahan oleh seorang anggota polis trafik.

“Pemeriksaan dijalankan mendapati penunggang tersebut tidak memiliki lesen memandu selain motosikal ditunggang tiada cukai jalan.

“Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Sepang kemudiannya mengeluarkan saman terhadap penunggang tersebut,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Tambah Wan Kamarul, semakan mendapati motosikal yang ditunggang lelaki terbabit adalah milik salah seorang anggota polis di Sepang.

“Pemilik motosikal ini telah menghantar motosikalnya untuk dibaiki di sebuah bengkel.

“Bagaimanapun, disebabkan pemilik terlalu lama tidak mengambil semula motosikalnya, warga asing berkenaan meminta untuk membelinya sebelum dipersetujui pemiliknya itu,” katanya.

Pada Ahad lalu, video memaparkan penahanan seorang penunggang warga asing yang ditahan oleh anggota polis trafik telah tular di media sosial.

Menerusi perkongsian video tersebut, penunggang itu dikesan tidak memiliki lesen.

Motosikal terbabit turut didapati tidak mempunyai cukai jalan semasa semakan dijalankan oleh anggota trafik tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Lelaki Warga Asing Bertindak Agresif Rempuh Kereta Polis, Ditahan

Seorang lelaki warga asing ditahan selepas bertindak agresif merempuh sebuah kereta polis di hadapan Taman Kastam pada Ahad (3 Sept).

Kejadian yang berlaku sekitar 9.30 malam itu menyaksikan suspek, 32, yang menaiki kereta jenis Proton Perdana menyedari kehadiran kereta polis. Dia bertindak memecut laju dengan melanggar sebuah kereta polis yang dinaiki tiga anggota.

Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata suspek berjaya meloloskan diri.

“Suspek bertindak keluar kereta dan meloloskan diri di kawasan semak di Kampung Kok Mak dan berjaya ditahan dalam tempoh 24 jam. Dia ditahan di sebuah rumah di Padang Besar kira-kira 9 malam semalam (4 Sept),”katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber: Sinar Harian

The post Tular Warga Asing Ditahan Tiada Lesen, Polis Sahkan Motosikal Dinaiki Milik Anggota PDRM appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*