Musim Mengawan Dan Ajar Anak Memburu Antara Sebab Harimau Mengganas – Perhilitan

Musim mengawan dan ajar anak

Musim Mengawan Dan Ajar Anak Memburu Antara Sebab Harimau Mengganas – Perhilitan

Musim mengawan dan mengajar anak memburu dilaporkan antara faktor utama harimau belang mengganas hingga menyebabkan empat kes kematian di Gua Musang, lapor Sinar Harian.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzil Hassan berkata bahawa perkara itu telah dimaklumkan oleh Jabata Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Kelantan.

Selain itu, faktor pembukaan hutan juga turut dikatakan antara punca harimau itu keluar dan menyerang manusia.

“Sekarang ini musim mengawan, mencari pasangan dan tempat itu ialah kawasan rayau harimau keluar mencari makanan selain mengajar anaknya memburu, itu antara tiga faktor mengapa haiwan ini menyerang manusia.

“Disebabkan hutan yang semakin mengecil memang faktor pertama. Tetapi proses pembukaan hutan itu biasa bagi kerajaan dan dibuat dengan merujuk Jabatan Alam Sekitar serta mengikut peraturan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mesyuarat Exco di Kota Darulnaim di sini pada Rabu.

Cadangan pengubahsuaian KSAS akan diteliti

Dalam pada itu, beliau turut mengulas lanjut berkenaan kebimbangan cadangan pengubahsuaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) terhadap haiwan tersebut.

Menurutnya, cadangan itu akan diteliti sama ada ia akan memberi impak yang buruk terhadap habitat harimau belang tersebut.

“Kami akan tengok dulu, bukan bermaksud akan ubah semua.

“Kerajaan negeri tidak bermaksud hendak mengganggu semua ekologi,” kata Mohamed Fadzli.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Sebelum ini, media melaporkan bahawa lelaki warga Indonesia berusia 42 tahun telah ditemukan maut dipercayai dibaham ‘pak belang’ tersebut.

Mayat mangsa ditemukan di kawasan ladang kebun getah di Kuala Wok, Pos Pasik pada 10 November lalu.

Selang sehari, seorang lagi mangsa iaitu warga Myanmar kemudiannya ditemui maut selepas diserang harimau ketika menoreh getah di Ladang Meranto.

Pada 12 Mei dan 4 Oktober lalu, dilaporkan terdapat satu kes kecederaan dan dua kematian melibatkan masyarakat Orang Asli akibat diserang harimau belang.

Sumber: Sinar Harian

The post Musim Mengawan Dan Ajar Anak Memburu Antara Sebab Harimau Mengganas – Perhilitan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*