“Majikan Sebenar”, Gelagat Oyen Santai Bertenggek Atas Serban Tuan Bikin Warganet Terhibur

oyen bertenggek serban

“Majikan Sebenar”, Gelagat Oyen Santai Bertenggek Atas Kepala Tuan Bikin Warganet Terhibur

Baru- baru ini, para pencinta kucing telah berkumpul beramai-ramai bersama si bulu kesayangan masing-masing di Oh My Meow Expo yang diadakan di Midvalley Convention Centre.

Dalam acara tersebut, semua pengunjung berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan si bulu yang diangkat sebagai selebiriti dan dilayan bak VVIP di ekspo berkenaan.

Difahamkan acara tersebut berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 4 Ogos (Jumaat) sehingga 6 Ogos (Ahad) lepas.

Sudah semestinya, kucing-kucing yang dibawa semuanya comel-comel belaka serta memiliki daya tarikannya yang tersendiri.

Namun begitu, salah seorang pengunjung dan ‘majikannya’ telah mencuri perhatian orang ramai, termasuklah warga maya.

Seorang lelaki warga emas yang memakai serban kelihatan berjalan-jalan di dalam expo tersebut sambil ditemani ‘Oyen’ yang bertenggek di atas serban yang dipakainya.

Kebiasaannya, pemilik kucing akan membawa kucing mereka dalam bekas pet carrier untuk memudahkan pengangkutan dan pergerakan.

Hal ini bagi mengelakkan haiwan kesayangan mereka ‘lari’ atau merayap ke tempat-tempat rawak semasa berada di luar rumah.

Namun, berbeza pula dengan pakcik ini dan kucingnya. Kucing comel yang berbulu jingga ‘Oyen’ didapati selesa untuk bertenggek pada serban tuannya.

Ketika dibawa berjalan-jalan, Oyen langung tidak menunjukkan tanda-tanda rasa tidak selesa. Malah, kucing tersebut kelihatan seperti memiliki sifat ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran sekelilingnya.

oyen serban
Kredit: TikTok

Mungkin disebabkan kedudukan yang tinggi, Oyen dapat melihat suasana expo dengan lebih luas menerusi bahagian atas kepala tuannya.

Hubungan lelaki dan Oyen seakan-akan Pokemon dan Pokemon Trainer ini telah mencairkan hati orang ramai, khususnya pengunjung di sana.

Kelihatan beberapa pencinta kucing mengusap bahagian belakang Oyen ketika tuannya berjalan di kawasan berdekatan mereka.

Warga maya juga tidak dapat menahan diri daripada terpesona apabila melihat hubungan lelaki tersebut bersama Oyen yang disifatkan sangat akrab.

“Semoga Allah panjangkan umur atok untuk sentiasa bersama dengan oyennnn,” komen pengguna TikTok.

“Alaa comel, atok siap berhenti nak tengok meow lain, nak bagi cucu dia kawan, nampak kat situ atok memang humble and pencinta meow,”

Anda boleh melihat kompilasi video-video ‘sweet’ antara Oyen dan tuannya di bawah:

@7lkrnn628

Gambaran hierarki sebenar majikan 😂 #ohmypetexpo #meow

♬ Kau Ni Ape Kau Tinggal Sini Ke – Original Sound

@7lkrnn628

Replying to @temporary nah bang ada lagi part 2 🐱 #oyen #ohmypetexpo #midvalleyexhibitioncentre

♬ original sound – 7lkrnn – 7lkrnn

@kucingen

Bantuan..😍😆siapa tahu apa akaun si comel nihhhhh? Jumpa dekat expo Oh My Meow Midvalley tadi ( Ahad- 6 Ogos 2023)#petexpo #pamerankucing #OhMyMeow

♬ Tokei no Uta – Nonochan(Nonoka Murakata)

BACA: Guna Tapak “Mug”, Cara Mudah Nak Tajamkan Pisau Dapur Kalau Tak Ada Batu Asah

Sumber: 7lkrnn628 & kucingen via TikTok

The post “Majikan Sebenar”, Gelagat Oyen Santai Bertenggek Atas Serban Tuan Bikin Warganet Terhibur appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*