Wabak Penyakit Pertussis Dikesan Di Rompin – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

wabak pertussis rompin

Wabak Penyakit Pertussis Dikesan Di Rompin – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang semalam mengesahkan kewujudan kes jangkitan penyakit Pertussis yang berlaku di Kampung Bahagian, Rompin, Pahang.

Pengesahan itu dibuat menerusi satu kenyataan media yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Binti Yunus.

Kenyataan itu dibuat selepas penularan satu surat di media sosial yang bertajuk “Makluman Pengisytiharan Wabak Pertussis di Rompin”, bertarikh 14 Ogos lalu.

Menurut Dr. Nor Azimi, satu kejadian penyakit Pertussis telah direkodkan di Kampung Bahagia, Rompon melibatkan tiga ahli keluarga.

Ketiga-tiga pesakit adalah merupakan warganegara Malaysia dan kesemua mereka telah diberi rawatan serta berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Rompin kini telah meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan di kawasan tempat tinggal pesakit tersebut.

Tambah Dr Nor Azimi, pertusiss atau batuk kokol adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis.

Penyakit ini dikatakan tersebar melalui udara di sekeliling pesakit yang mengandungi bakteria tersebut.

Kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak. Ia boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia.

“Namun, bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap adalah golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti,” kata Dr Nor Azimi. 

Kata beliau lagi, mereka yang dijangkiti penyakit ini lazimnya akan mengalami batuk yang berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu.

Selain itu, batuk yang teruk dan berpanjangan tersebut juga boleh menyebabkan pesakit menjadi kebiruan kerana tidak sempat bernafas dan boleh sebabkan sawan.

Keadaan ini boleh mengakibatkan sawan kerana bekalan oksigen ke otak berkurangan. Komplikasi teruk seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian boleh berlaku.

“Komplikasi teruk seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian boleh berlaku,” tambah beliau lagi. 

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Dalam pada itu, Dr Nor Azimi berkata bahawa penyakit pertussis ini boleh dielakkan dengan pemberian imunisasi. Imunisasi diberi kepada kanak-kanak pada umur 2,3,5 dan 18 bulan.

Kanak-kanak yang sudah mendapat pelalian pertussis yang lengkap, mereka dikatakan hanya akan mengalami gejala ringan tanpa risiko komplikasi.

Bagi mengelakkan daripada jangkitan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan kepada ibu bapa untuk mendapatkan imunisasi tersebut.

Remaja dan orang dewasa yang bergejala juga dinasihatkan untuk mengamalkan adab batuk dan bersin dengan menutup mulut.

Mereka juga digalakkan untuk mencuci tangan selepas batuk bagi mencegah penularan jangkitan tersebut kepada orang lain.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri pahang, situasi penyakit pertussis ini dikatakan berada dalam keadaan terkawal.

Sumber: Facebook/Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

The post Wabak Penyakit Pertussis Dikesan Di Rompin – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*