Nahas Helikopter: Anggota TLDM Cedera Terkena Serpihan Ketika Berada Dalam Kolam Renang

anggota tldm kolam renang

Nahas Helikopter: Anggota TLDM Cedera Terkena Serpihan Ketika Berada Dalam Kolam Renang

Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berada dalam kolam renang berdekatan lokasi kejadian dua helikopter bertembung dan terhempas telah disahkan cedera ringan di Pangkalan TLDM Lumut, Perak hari ini.

Memetik Sinar Harian, mangsa telah dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan helikopter terbabit ketika berada di sana.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, insiden itu berlaku ketika anggota berkenaan sedang berenang di dalam kolam renang terbabit.

Jelasnya, anggota badan mangsa telah terkena serpihan daripada helikopter Fennec yang terjatuh ke dalam kolam renang itu.

“Tiada orang luar mengalami kecederaan, melainkan seorang sahaja yang kebetulan sedang berenang di kolam renang tersebut,” ujarnya.

Beliau memaklumkan perkara tersebut dalam satu sidang media ketika melakukan lawatan ke tempat kejadian pada hari ini.

Walau bagaimanapun,  beliau tidak mendedahkan maklumat berkenaan anggota tersebut dengan lebih terperinci.

Dalam kejadian pada jam 9.32 pagi tadi, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter.

Kesemua mangsa difahamkan terlibat dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Nahas terbabit telah melibatkan dua aset TLDM iaitu Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan helikopter Fennec TLDM.

Kedua-dua aset ini dilaporkan sedang menjalani raptai bersempena Perbarisan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.

Sementara itu, semua mangsa disahkan terkorban di lokasi kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut bagi proses pengecaman.

TLDM juga dilaporkan bakal menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca insiden terbabit.

Sehubungan itu, pihak TLDM menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan rakaman video kejadian yang berlaku di khalayak ramai.

Hal ini adalah untuk menjaga sensitiviti keluarga dan serta tidak menganggu proses penyiasatan yang sedang dijalankan.

BACA: Nahas Helikopter TLDM: Muhammad Faisol Minta Bergambar Buat Kali Terakhir – Kakak

Sumber: Sinar Harian

The post Nahas Helikopter: Anggota TLDM Cedera Terkena Serpihan Ketika Berada Dalam Kolam Renang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*