Keunikan Tema Warna Hello Kitty, Pasangan Ini Dipuji Pandai Deko Rumah Nampak Kemas & Teratur 

rumah tema hello kitty

Keunikan Tema Warna Hello Kitty, Pasangan Ini Dipuji Pandai Deko Rumah Nampak Kemas & Teratur 

“Rumahku syurgaku”, itulah kata-kata yang sering menjadi sebutan sejak dahulu. Tidak dinafikan memiliki sebuah rumah amat penting apatah lagi ia dianggap sebagai satu aset.

Pun begitu, rumah yang tidak diuruskan dengan baik juga boleh menyebabkan penghuni atau pemilik tidak berasa selesa untuk tinggal.

Oleh itu, rumah yang bersih tentunya menjadi idaman buat para pemilik di samping menjadi terapi jiwa. Dapat pulak yang  jenis kreatif dalam bab ‘deko’ rumah, terus orang kampung pandang.

Menerusi kaedah dekorasi rumah ini, ia dapat menaikkan lagi ‘seri rumah’ termasuk pemilihan warna tema rumah.

Begitu juga dalam satu video tular di platform TikTok baru-baru ini yang mendedahkan sebuah rumah dihiasi dengan warna merah jambu.

Video yang dimuat naik oleh pemilik akaun @layla9689, menarik pandangan mata warganet kerana bermula dari dalam rumah hingga ke luar rumah ia dilitupi dengan warna serba merah jambu.

BACA JUGA: Tak Payah Keluar Modal, Ini Cara Mudah Luruskan Hujung Karpet Yang Terkepak

Tema Hello Kitty

Bahkan di setiap ruang bahagian rumah, peralatan dan sehinggakan lantai terpapar watak kartun Hello Kitty dengan warna tersebut.

Dalam klip tular itu, wanita yang dikenali sebagai Bunda Ela kelihatan sibuk membersihkan dan mengemas setiap ruang rumah.

Lebih manis lagi, dia turut sama dibantu oleh suaminya yang ringan tulang dalam merapikan setiap sudut rumah.

“Kerja dengan suami,” tulisnya pada video berkenaan.

Berpinar Mata Netizen Dibuatnya

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap pasangan tersebut dalam membersihkan kediaman mereka. Bahkan sesetengah mereka menyifatkan pasangan tersebut sangat ‘pembersih’.

Bukan itu sahaja, sebahagian pengguna platform itu terpesona melihat tema warna rumah berkenaan.

Berikut antara komen daripada pengguna di media sosial berkenaan;

rumah tema hello kitty rumah tema hello kitty rumah tema hello kitty

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia

Untuk makluman, video itu mendapat hampir 6 juta tontonan, lebih 300,000 ribu tanda ‘Suka’ dan lebih 4,000 komen di platform tersebut.

@layla9689

Kerja sama suamii🩷🩷

♬ Dj Terompet Pemersatu Bangsa – PAMOKHOL ID

@layla9689

Yg bilang enak tinggal di rumah siapa??

♬ Dj Terompet Pemersatu Bangsa – PAMOKHOL ID

Sumber: TikTok @layla9689

The post Keunikan Tema Warna Hello Kitty, Pasangan Ini Dipuji Pandai Deko Rumah Nampak Kemas & Teratur  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*