Kelam, Langit Di Bandar New York Bertukar Oren Akibat Asap Kebakaran Dari Kanada

Langit kuning new york

Kelam, Langit Di Bandar New York Bertukar Oren Akibat Asap Kebakaran Dari Kanada

NEW YORK — Suasana langit di bandar New York, Amerika Syarikat (AS) bertukar oren semalam ekoran kebakaran hutan berlaku di Quebec, Kanada, lapor CNN.

Difahamkan, kualiti udara di AS dilaporkan semakin merosot sehingga pemandangan bangunan pencakar langit itu hilang ditelan asap berwarna oren.

Susulan itu, kerajaan kedua-dua negara telah mengeluarkan amaran kepada penduduk berhubung indeks udara yang kurang sihat.

Aktivitti Luar Rumah Dihadkan

Datuk Bandar New York, Eric Adams telah meminta penduduk untuk mengehadkan aktiviti luar, manakala Jabatan Alam Sekitar negeri mengeluarkan nasihat kesihatan kualiti udara bagi bandar berkenaan.

“Kanak-kanak, orang dewasa dan orang yang mempunyai penyakit paru-paru seperti asma dinasihatkan mengurangkan aktitviti di luar rumah buat waktu ini,” katanya.

 

Tambah Adams, bacaan indeks kualiti udara New York pada jam 5 petang semalam adalah 484 dan diklasifikasikan sebagai “berbahaya”. Bacaan itu merupakan tahap tertinggi dalam rekod di bandar itu sejak 1960-an.

“Walaupun mungkin terdapat potensi untuk keadaan ini bertambah baik menjelang pagi Jumaat. Ramalan pergerakan asap sukar dijangka,” semasa sidang akhbar semalam.

Langit kuning new york
TIMOTHY A. CLARY/AFP

Keadaan yang melanda negara berkenaan menyebabkan lebih 55 juta penduduk terjejas. Sekurang-kurangnya sekolah di 10 daerah New York diarahkan membatalkan akiviti di luar bilik darjah sejak semalam.

Lebih teruk lagi, asap tebal diramal berlaku di Timur Laut melalui Mid-Atlantic dan turun ke Carolinas.

BACA JUGA: Tular, Langit ‘Bertukar’ Hijau Sebelum Berlaku Ribut Gemparkan Warga Dakota, Amerika

Sementara itu, AirNow.gov bersama Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat dan agensi lain menjelaskan, bandaraya New York merupakan kawasan yang paling teruk terjejas berbanding bandar-bandar lain.

Bagaimanapun, kualiti udara di kawasan berkenaan dilaporkan bertambah baik sepanjang hari. Ia dijangka berlarutan sekurang-kurangnya hingga Khamis.

Langit kuning new york
Gambar: AFP

Antara kawasan bandar yang dilanda asap berkenaan termasuklah Philadelphia, Washington, Boston, Pittsburgh dan Raleigh, North Carolina.

Selain itu, kualiti udara di Massachusetts, New Hampshire, Pennsylvania, Maryland, Virginia dan Carolinas juga terjejas, maklum Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

 

Kebakaran Hutan Kanada

Menurut Pusat Bomba Hutan Antara Agensi Kanada, lebih 7,000 penduduk di bandar Chibougamau, Quebec diperintah untuk melakukan pemindahan mandatori ekoran kebakaran hutan.

Keadaan diburukkan apabila Datuk Bandar Chibougamau, Manon Cyr dalam satu kenyataan di Facebook telah mengisytiharkan darurat susulan bencana itu.

Sehingga kini, lebih daripada 400 kebakaran hutan dilaporkan di wilayah berkenaan. Jumlah tersebut dua kali ganda purata untuk tahun 2023.

Sumber: CNN 

The post Kelam, Langit Di Bandar New York Bertukar Oren Akibat Asap Kebakaran Dari Kanada appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*