Si Bulus Pun Termasuk, Ini 10 Rekod Dunia Guinness Paling Pelik 

Si Bulus Pun Termasuk, Ini 10 Rekod Dunia Guinness Paling Pelik 

Rekod Dunia Guinness merupakan satu pencapaian yang diiktiraf dan dibukukan kerana setiap rekod dianggap tidak masuk dek akal. Setiap pemegang rekod dunia bukanlah sembarangan orang misalnya sangat pantas dan kuat yang berada di luar kemampuan manusia biasa.

Walau bagaimanapun, tahun demi tahun, kategori rekod dunia telah menjadi semakin pelik. Sesetengah rekod adalah sangat spesifik dan sesetengah rekod dunia dianggap seperti tidak masuk akal.

Perkara ini juga menarik perhatian orang ramai kerana sesetengah rekod dunia kadangkala tidak dijangka sama sekali.

Sehubungan itu, SK hari ini akan mendedahkan 10 rekod dunia yang dianggap paling pelik dan tidak masuk akal.

10 Rekod Dunia Guinness Paling Pelik

Larian Separuh Maraton Terpantas Sambil Menolak Kereta Bayi

Dalam kategori ini, seorang wanita bernama Lauren Stroud dari Amerika Syarikat telah menjadi pemegang rekod dunia.

Pada 2019, Lauren telah berjaya menamatkan larian separuh maraton dalam masa 1 jam 22 minit dan 29 saat. Ketika itu, dia berlari sambil membawa anak perempuannya, Sadie Rose.

Mangkuk Tandas Paling Banyak Dipecahkan Menggunakan Kepala Dalam Satu Minit

Gambar: Guinness World Records

Kebanyakan orang tentunya akan mengelakkan atau menjauhkan kepala mereka dari tempat mangkuk tandas.

Namun, pastinya anda tidak pernah membayangkan bahawa memecahkan mangkuk tandas menggunakan kepala juga dikategorikan dalam rekod Guinness.

Untuk makluman rekod dalam kategori ini dipegang oleh Kevin Shelley dari Jerman selepas memecahkan 46 mangkuk tandas kayu.

Berpaut Pada Putaran Gerudi Paling Banyak Dalam Satu Minit

Gambar: Guinness World Records

Walaupun kelihatan mudah, sebenarnya rekod ini memerlukan sejumlah tenaga yang besar pada bahagian atas badan. Bahkan ia juga boleh mengatasi kesukaran daripada angkat berat biasa.

BACA JUGA: Ini Sejarah Penciptaan Eskalator & Fakta Mengenainya Yang Ramai Tak Tahu

Rekod semasa dipegang oleh seorang lelaki, The Huy Giang dari Madrid, Sepanyol. Dia berjaya melakukan 148 pusingan dalam seminit.

Beban Paling Berat Diangkat Oleh Bahagian Badan (Tidak Dijangka)

Seperti yang diketahui terdapat pelbagai Rekod Dunia Guinness untuk angkat berat yang paling banyak diangkat oleh setiap bahagian badan yang berbeza. Dalam banyak-banyak bahagian badan, pastinya ada yang sememangnya pelik.

Contohnya, rekod angkat berat bagi lidah adalah 13 kilogram dan dipegang oleh Thomas Blackthorne. Lelaki dari Milan, Itali itu mencipta rekod itu pada 2022 di set Lo Show Dei Record ibu negara Itali.

Manakala satu lagi rekod jatuh kepada Manjit Singh dari United Kingdom selepas berjaya mengangkat 16.2 kg hanya menggunakan kelopak mata. Singh juga memegang rekod untuk berat paling banyak, 24 kg selepas berjaya mengangkat menggunakan kedua-kedua belah matanya.

Waktu Paling Lama Seluruh Badan Bersentuhan Dengan Ais

Rekod Dunia Guinness Paling Pelik
Gambar: Guinness World Records

Bagi rekod dunia dalam kategori ini, lelaki dari Poland, Valerjan Romanovski mencipta rekod dunia pada 2022 apabila berendam paling lama dalam ais selama tiga jam dan 28 saat.

Menurutnya, dia memberitahu telah berusaha untuk tersenarai dalam Rekod Dunia Guinness.

“Saya berlatih dalam ais, dalam air berais dan dalam udara beku. Di rumah tempat saya tinggal, saya mandi dalam air sejuk. Sepanjang latihan, saya menghabiskan masa hingga 90 minit dalam ais,” katanya.

Pecahkan Tiga Belon Guna Punggung Dengan Masa Terpantas

Untuk memecahkan rekod ini, seseorang perlu mempunyai fleksibiliti badan yang menakjubkan. Pada Jun 2020, Vaishnavi S dari India berjaya memecahkan tiga belon hanya menggunakan punggungnya dalam masa 6.84 saat.

BACA JUGA: Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Difahamkan, dia merupakan pencinta yoga sejak zaman kanak-kanak.

Tembikai Paling Banyak Dibelah Di Perut Dalam Satu Minit

Gambar: Guinness World Records

Tentunya anda berfikir bagaimana perut mampu menahan tembikai yang dibelah di atas bahagian badan anda.

Prabhakar Reddy P. Suresh dari India berjaya menahan 64 tembikai yang dicincang pada perutnya dalam masa satu minit. Dia memecahkan rekod tersebut pada 2020.

Lebih-lebih lagi, P. Suresh merupakan pemegang tali pinggang hitam dan telah berlatih selama hampir setahun sebelum menggunakan perutnya sebagai papan pemotong.

Menanggalkan T-shirt terbanyak sambil menanduk Bola Sepak

Rekod Dunia Guinness Paling Pelik
Gambar: Guinness World Records

Pastinya anda terpinga-pinga bagaimana seseorang boleh menanggalkan baju sambil menanduk bola kan?

Sebenarnya terdapat seorang lelaki dari dari Mexico, Marcelo Ribeiro da Silva berjaya melakukan hal tersebut.  Dia berjaya mencipta rekod menanggalkan 22 jersi sambil menanduk bola.

Dengkur Kucing Peliharaan Paling Kuat 

Sebut pasal kucing pasti ramai yang merupakan penggemar haiwan ini. Tahukah anda, sebenarnya terdapat juga rekod untuk haiwan kesayangan anda ini dan agak pelik iaitu dengkur paling kuat.

Rekod dengkur kucing peliharaan paling kuat dipegang oleh Merlin. Kucing berwarna hitam putih itu berjaya merekodkan dengkur sehingga 67.8 desibel.

Jarak Paling Jauh Ditarik oleh Kuda Atau Kereta Sewaktu Terbakar 

Mungkin anda hairan bagaimana perkara ini juga boleh dikategorikan sebagai Rekod Dunia Guinness. Apatah lagi ia sangat berisiko.

Pada tahun 2017, pelagak ngeri profesional, Josef Tödtling dari Austria mencipta rekod dunia apabila ditarik sejauh 500 meter (1640.42 kaki) oleh kuda semasa dia terbakar.

Ketika ditarik oleh kuda, dia berada pada kelajuan 35 kilometer per jam (km/j) bersamaan 21 meter per jam (mph).

Sumber: Mental Floss, Guinness World Records

The post Si Bulus Pun Termasuk, Ini 10 Rekod Dunia Guinness Paling Pelik  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*