‘Nak U-Turn? Maaflah..’, Digantung 6 Tahun, Ini Kata Shahril Hamdan

shahril hamdan dipecat 6 tahun

‘Nak U-Turn? Maaflah..’, Digantung 6 Tahun, Ini Kata Shahril Hamdan

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan dirinya tidak akan membuat rayuan terhadap keputusan UMNO untuk menggantung keahliannya selama enam tahun.

Jelas Shahril, sekiranya melakukan rayuan seperti yang diminta ramai, prosedur yang digunakan oleh pihak terbabit berkemungkinan tidak mengikuti prosedur yang asal.

“Mungkinlah mereka mengharapkan kita uturn, kita berdiam diri, kita ikut. Maaflah saya tidak boleh buat perkara itu. Semua ini tidak mengubah hakikat bahawa benda ini susah untuk saya telan.

“Memang kita nak tunjuk fighter dan saya nak jadi fighter tetapi hakikatnya saya manusia biasa. Ini parti UMNO, satu-satunya parti yang saya dah berjuang. Bukan mudah untuk ditelan, tetapi inilah kehidupan, inilah politik,” katanya dalam satu rakaman video di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Shahril berkata beliau tidak pernah mendapat sebarang surat dan dipanggil Lembaga Displin UMNO untuk menerima tindakan yang dibuat oleh parti itu.

“Saya ada bacalah sedikit mesej yang sengaja ditularkan. Mungkin kononnya kerana saya letak jawatan selaku ketua penerangan, kemudian saya minta presiden ambil tanggungjawab setelah kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-15 lepas dan juga saya buat video cadangan untuk perubahan dalam UMNO, termasuk untuk jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Saya tidak pastilah kalau orang boleh terima sama ada ini adalah sebab yang munasabah. Mungkin kalau mereka nampak orang tak boleh terima, dia boleh cipta pula alasan yang baru.

“Tetapi tidak mengapalah, saya ingat kita semua boleh agak sebab ataupun motif utama yang mereka ada untuk buat perkara ini,” tambahnya.

Dalam pada itu, Shahril berkata beliau masih mempunyai rasa sayang yang teramat terhadap ahli-ahli UMNO dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghantar mesej bagi semangat dan sebagainya.

Tambahnya, masih terlalu awal untuk dirinya membuat langkah seterusnya selepas pergantungan UMNO.

“Tetapi in shaa Allah ini tidak akan mematahkan semangat saya. Saya ada kemahuan keinsafan untuk menyumbang apa cara sekalipun dalam pembangunan agama, bangsa, tanah air yang lebih murni selepas ini.

“In syaa Allah, Shahril Hamdan kalau dah jadi fighter kita tidak akan gostan,” katanya mengakhiri ucapan.

Terdahulu, UMNO telah memecat dua ahli Majlis Tertinggi (MT) iaitu Tan Sri Noh Omar dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin atas sebab pelanggaran displin parti mengikut Perlembagaan UMNO.

Beberapa pemimpin yang lain juga digantung selama enam tahun antaranya Ketua UMNO Bahagian Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO Shahril Sufian Hamdan; Ketua UMNO Bahagian Tebrau Datuk Maulizan Bujang dan Ketua UMNO Bahagian Jempol Datuk Seri Mohd Salim Mohd Shariff.

Sumber: Shahril Hamdan via Facebook

BACA: Azhar Sulaiman Umum Undur Diri Jadi Penganjur Bebas UMNO, Bendera BN Depan Rumah Diturunkan

The post ‘Nak U-Turn? Maaflah..’, Digantung 6 Tahun, Ini Kata Shahril Hamdan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*