Ada Isu Bila Beli Baju Raya “Online”? Ini Cara Nak Buat Aduan Kepada KPDN

aduan kepada kpdn

Ada Isu Bila Beli Baju Raya “Online”? Ini Cara Nak Buat Aduan Kepada KPDN

Sekarang ini mesti ramai yang gemar membeli belah secara dalam talian saja kan? Lebih-lebih lagi sempena lebaran yang bakal tiba ini, ramai yang sedang mencari baju raya.

Sesetengah masyarakat berpendapat bahawa lebih mudah dan jimat jika membeli belah secara dalam talian kerana pembeli boleh mendapatkan lebih banyak diskaun dan juga promosi.

Selain itu, ia juga mungkin lebih menjimatkan masa.

Namun, membeli secara atas talian ini juga mengundang kerugian jika kita tidak berhati-hati.

Semalam tular di media sosial tentang seorang lelaki yang berkongsi pengalaman untuk menuntut duit refund daripada penjual baju raya.

Pengguna Twitter @Ezad Amir, memaklumkan bahawa baju raya yang dibeli tidak diterima olehnya mengikut tempoh yang ditetapkan.

Menurutnya, dia telah membuat aduan mengenai isu tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

Hasilnya dia telah mendapat refund tersebut secara penuh.

Beli baju raya, lewat 3 minggu

Sementara itu, dia turut berkongsi cara untuk membuat aduan di laman web KPDN.

Ikuti perkongsian di bawah ini.

Anda boleh buat aduan di:
https://eaduan.kpdn.gov.my

Pertama, klik aduan kepenggunaan. Jika belum ada akaun, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

Kemudian, pilih Aduan Kepenggunaan  dan tekan Aduan Baru

Setelah itu, anda perlu mengisi maklumat aduan tentang masalah pembelian. Antara aduan yang boleh dibuat adalah mengenai barang tiruan, bengkel kenderaan, harga, iklan mengelirukan, jualan murah dan perkhidmatan mengelirukan.

Selain itu, anda juga boleh membuat aduan mengenai skim piramid, timbang dan sukat, transaksi dalam talian dan jualan langsung.

Oleh itu, apabila melakukan urusan jual-beli secara dalam talian jadilah pengguna yang bijak. Laporkan segera ke KPDN jika mengalami masalah berkaitan pembelian.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah mendapat sebanyak 11.2 ribu ulang ciap dan lebih 16 ribu tanda suka.

Terdahulu, KPDN mengingatkan orang ramai untuk sentiasa berwaspada apabila membeli baju raya secara dalam talian.

“Hati-hati ketika membeli secara dalam talian, jangan biarkan anda dikaburi dengan harga murah tanpa melakukan usul periksa latar belakang dan maklumat peniaga,” kata KPDN.

Sumber: Twitter Ezad Amir 

The post Ada Isu Bila Beli Baju Raya “Online”? Ini Cara Nak Buat Aduan Kepada KPDN appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*