NASA Perkenalkan Habitat “Marikh”, Eksperimen Selama Setahun Di Bumi

NASA LANCARKAN HABIBAT MARIKH

NASA Perkenalkan Habitat “Marikh”, Eksperimen Selama Setahun Di Bumi

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA) baru-baru ini telah memperkenalkan simulasi habitat Marikh baharunya kepada umum.

Simulasi habitat Marikh itu difahamkan akan menjadi ‘rumah’ kepada sukarelawan selama setahun untuk memberi gambaran bagaimana misi di planet itu akan berjalan di masa depan.

Menurut laporan, kemudahan tersebut yang dinamakan sebagai Chapea (Crew Health and Perfomance Exploration Analog)  terletak di pusat penyelidikan agensi itu di Houstan, Texas.

Sebanyak empat orang sukarelawan terlibat dalam ujian tersebut dan NASA akan memantau keadaan fizikal serta mental perserta untuk memahami ketahanan manusia untuk tinggal dalam pengasingan jangka panjang.

Melalui ujian itu juga, NASA juga akan dapat memahami bagaimana angkasawan akan menggunakan sumber dalam misi tersebut, kata Ketua Penyelidik Eksperimen, Dr. Grace Douglas.

”Kami boleh memahami bagaimana kami mampu menyokong mereka (angkasawan) dengan bekalan yang kami sediakan. Pengetahuan itu sangat penting terutama ketika membuat keputusan berkenaan sumber yang kritikal,” katanya.

Katanya, misi jauh dan berbahaya di planet asing biasanya datang dengan ”had jisim yang sangat ketat”.

Chaepa atau Mars Dune Alpha adalah rumah dengan keluasan 160 meter persegi. Antara kemudahan termasuklah dua bilik mandi, ladang menegak untuk pertanian, bilik rawatan, ruang rehat dan stesen kerja.

Satu kawasan airlock membenarkan angkasawan untuk ‘keluar’ merasai persekitaran Marikh. Bagaimanapun kemudahan tersebut bersambung dengan hangar ruang utama.

Manakala peralatan-peralatan sokongan diletak di sekililing kawasan lantai termasuk alat stesen cuaca, mesin membuat bata dan ruang rumah hijau.

Selain itu, angkasawan juga perlu berlatih menggunakan satu alatan mirip treadmil yang bertindak sebagai alat simulasi graviti planet merah itu.

Teknologi percetakan 3D turut dibekalkan

Sukarelawan-sukarelawan itu akan menggunakan treadmill berkenaan sebagai simulasi perjalanan jauh di planet Marikh dalam mengumpul sampel, data dan membina infrastruktur.

Setakat ini, empat sukarelawan yang akan terlibat dalam eksperimen tersebut belum dipilih. Bagaimanapun NASA berkata, pemilihan dibuat berpandukan kriteria ketat program pemilihan angkasawan. Pemohon wajib mempunyai latar belakang pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Kesemua sukarelawan kelak akan diuji dengan tahap tekanan tertentu sepanjang tinggal dalam habitat tersebut seperti sumber air yang terhad.

NASA juga akan membekalkan kemudahan ini dengan teknologi percetakan 3D. Menurut agensi itu, ia merupakan antara teknologi yang akan diguna pakai dalam misinya membangunkan infastruktur di planet Marikh.

Walaupun tumpuan lebih terarah kepada misi Artemis, agensi itu menegaskan persedian untuk misi ke Marikh harus bermula daripada sekarang.

BACA: Hanya Guna Bahan Je, Cara Mudah Hilangkan Calar Pada Pembuka Pintu Kereta

Sumber: STRAITS TIME

The post NASA Perkenalkan Habitat “Marikh”, Eksperimen Selama Setahun Di Bumi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*