Nenek Hantar Cucu Ke Sekolah Maut Dalam Kemalangan

Nenek Hantar Cucu Ke Sekolah Maut Dalam Kemalangan

Nenek Hantar Cucu Ke Sekolah Maut Dalam Kemalangan

IPOH, 12 Dis (Bernama) — Seorang warga emas yang dalam perjalanan menghantar cucunya ke sekolah maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah motosikal dalam kemalangan di Kampung Changkat Kinding dekat sini, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata wanita berusia 59 tahun itu tersepit di dalam kereta Perodua Viva yang dipandunya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Bagaimanapun cucu mangsa, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang turut berada di dalam kenderaan itu tidak mengalami kecederaan, manakala penunggang motosikal iaitu seorang pelajar sekolah lelaki berusia 17 tahun cedera parah.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala kanak-kanak perempuan itu juga dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sabarodzi, pihak Balai Bomba dan Penyelamat Tambun menerima panggilan pada 7.17 dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.03 pagi.

BACA: ‘Gerenti’ Jadi, Cara Buat Tempe Sendiri Di Rumah, Hanya Guna 3 Bahan

Sumber: Bernama

The post Nenek Hantar Cucu Ke Sekolah Maut Dalam Kemalangan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*