Mekanik Kongsi Tip “Check” Tayar Haus Guna Duit Syiling

mekanik check tayar

Mekanik Kongsi Tip “Check” Tayar Haus Guna Duit Syiling

Kebiasaannya, kita yang sedang memandu memang tidak akan sedar apa yang berlaku terhadap persekitaran, lebih-lebih lagi berkenaan dengan kenderaan yang dipandu.

Kadang-kadang, kita sebagai pemandu juga tidak waspada tentang kerosakan kereta yang dialami dan mula mengetahuinya sebaik sahaja orang yang berada di sekeliling memaklumkan perkara itu.

Disebabkan terlalu memikirkan tentang kerja, keluarga dan hal lain, kita cenderung untuk tidak memberi fokus kepada keadaan sekeliling.

Yang kita tahu, apabila tiba waktu pulang ke rumah tumpuan akan difokuskan kepada perjalanan pulang. Kita akan mula hidupkan enjin kereta atau motor dan terus berlalu pulang.

Sama ada kereta dalam keadaan baik atau tidak, masih belum dapat dipastikan kerana tiada semakan yang dilakukan sebelum menaiki kenderaan.

Tetapi sebenarnya, perkara itu yang perlu dielakkan oleh orang ramai kerana ia akan membuatkan diri terjerumus dalam bahaya, seperti tayar meletup akibat tayar haus ketika memandu dan lain-lain.

BACA: Tayar Pancit Tapi Tak Reti Pam? Pakcik Ni Ajar ‘Rahsia’ Guna Lima Jari

Cara semak tayar guna duit 10 sen

Tak susah untuk luangkan sedikit masa melakukan semakan ke atas kenderaan yang dibawa. Sekarang pun sudah banyak tip yang dikongsi tentang kereta.

Seperti yang dikongsi oleh seorang mekanik @abangcomot dari Alor Setar, di Kedah ini, yang menunjukkan cara mudah untuk semak bunga tayar.

Setiap pemilik haruslah mempunyai ilmu tentang penjagaan asas kenderaan supaya dapat mengenal pasti punca masalah yang berlaku.

Sekiranya keadaan jalur atau biasanya dipanggil bunga sudah menunjukkan tanda-tanda haus, ia perlu ditukar kerana bunga tayar yang nipis akan melemahkan cengkaman sewaktu brek ditekan.

Jelas Mohd Khairul Ramli, cara untuk semak bunga tayar adalah dengan menggunakan duit syiling 10 sen.

Kredit: @abangcomot/TikTok

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah mencari lambang segi tiga pada bahagian tayar.

Kemudian, letakkan duit syiling di dalam jalur tayar tersebut secara menegak dan jika perkataan Malaysia tenggelam, maknanya bunga tayar berada dalam keadaan yang bagus.

Kredit: @abangcomot/TikTok

Namun, sekiranya perkataan Malaysia tidak kelihatan, anda sudah boleh pasangkan niat untuk tukar tayar baharu.

Bunga tayar sudah berkurangan dan bahasa mudahnya, ia sudah botak dan memerlukan pertukaran tayar yang lain.

Jadi, tidak susahkan untuk melakukan semakan sebelum menaiki kenderaan? 

@abangcomot

Video pertama yang menaikkan nama abang Comot. Agak2 viral lagi dak #tanyaabgcomot #perniagaanmazlandanhashimah #learnontiktok #tiktokguru

♬ Nhún Vai Challenge – doramatx

Sumber: @abangcomot/TikTok

The post Mekanik Kongsi Tip “Check” Tayar Haus Guna Duit Syiling appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*