Nenek Terlepas Pandang, Budak 2 Tahun Selamba Main Tengah Jalan Raya Diselamatkan

budak main tengah jalan

Nenek Terlepas Pandang, Budak 2 Tahun Selamba Main Tengah Jalan Raya Diselamatkan

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang sedang menaiki jentera mainan berseorangan tanpa pengawasan di jalan yang sibuk tular di media sosial China.

Kejadian berjaya dirakam oleh kamera CCTV dan ia dilaporkan berlaku di jalan sibuk yang dipenuhi kenderaan di Jinhua, Wilayah Zhejiang China.

Menerusi video rakaman yang dikongsi di akaun X rasmi @cgtnamerica itu, kanak-kanak tersebut dilihat dengan tenang mengemudi mainannya itu.

Kanak-kanak itu dilihat seperti tidak mempedulikan kenderaan-kenderaan lain yang berada di jalan tersebut.

Pada awal video berkenaan, kanak-kanak itu dipercayai telah berada di jalan tersebut setelah muncul dari persimpangan kanan jalan terbabit.

Dia yang kelihatan teragak-agak pada mulanya telah melalui jalan sibuk itu dan akhirnya meneruskan perjalanannya.

Kredit X

Bagaimanapun, kejadian itu disedari oleh pengguna jalan raya iaitu sepasang suami isteri yang kemudiannya memberhentikan lori yang dinaiki mereka.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Wanita itu dilihat mengambil kanak-kanak itu dari jalan yang dipenuhi kenderaan dan mengangkatnya ke tepi jalan yang selamat.

Kredit X

Pasangan itu seterusnya menghubungi polis dan selang beberapa minit kemudian sebuah kereta polis peronda telah muncul di lokasi pasangan tersebut.

Berdasarkan keterangan polis menerusi perkongsian video tersebut, kanak-kanak itu memasuki jalan raya sewaktu neneknya tidak memberikan perhatian.

Kanak-kanak itu bagaimanapun akhirnya berjaya diselamatkan dan dihantar pulang ke pangkuan keluarganya.

Kanak-Kanak Empat Tahun Maut Dalam Kemalangan, Pemandu Warga Singapura Direman

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas motosikal yang ditunggang bapanya ketika pulang dari tadika terlibat dalam kemalangan, lapor Sinar Harian.

Kemalangan dilaporkan berlaku di kilometer 16 Jalan Sua Betong, Air Kuning, Negeri Sembilan kira-kira jam 1.30 petang pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Port Dickson.

Menurut Aidi Sham, ketika kejadian, penunggang motosikal yang merupakan juruteknik Ladang Sua Betong sedang dalam perjalanan pulang selepas mengambil anaknya dari Pasti Al Hasan, Taman Desa Port Dickson.

Sumber: X/@cgtnamerica

The post Nenek Terlepas Pandang, Budak 2 Tahun Selamba Main Tengah Jalan Raya Diselamatkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*