Netizen Terkejut Tahu Lagu “Bapaku Pulang Dari Kota” Ada Lirik Sambungan

lagu bapaku pulang dari kota

Netizen Terkejut Tahu Lagu “Bapaku Pulang Dari Kota” Ada Lirik Sambungan

Zaman kanak-kanak sudah semestinya merupakan satu memori yang sangat diingati oleh ramai orang.

Tidak kira memori pahit atau manis, ia pasti akan terpahat menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Salah satu memori zaman kanak-kanak yang semua ada tentunya rasa riang setiap kali mendengar lagu kanak-kanak.

Apabila sebut sahaja lagu “Air Pasang Pagi” dan “Bapaku Pulang Dari Kota”, pasti bait-bait liriknya terngiang-ngiang di benak fikiran, kan?

Lirik lagu yang ceria diikuti pula dengan iringan muzik yang rancak sudah cukup menggamit memori silam.

Namun begitu, bercakap tentang lagu kanak-kanak yang bertajuk “Bapaku Pulang Dari Kota” ini, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa ia sebenarnya memiliki lirik sambungan.

Lirik sambungan lagu kanak-kanak yang cukup popular itu telah dikongsikan oleh sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai @heybiscusofficial.

“Baru tahu lagu ‘Bapaku Pulang’ ada sambungan lirik,” tulis pada video muat naik tersebut.

Ada sambungan lirik yang berlainan

Kebiasaannya lagu kanak-kanak tersebut akan dinyanyikan seperti lirik di bawah:

Papaku pulang dari kota

Papaku belikan kereta

Kereta kecil warna merah

Boleh ku bawa ke sekolah

Pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon

Kereta kecilku berbunyi

Marilah adik mari naik

Boleh ku bawa jumpa nenek

Akan tetapi, menerusi perkongsian video tersebut, lagu itu memiliki kesinambungan lirik yang berbeza dan berbunyi seperti berikut:

Aku memandu dari kota

Kereta kecil sampai desa

Adiku kata cepat abang 

sudah tidak sabar jumpa nenek

Laju lagi, laju lagi

Vrom vrom vrom vrom 

Vrom vrom vrom vrom

Kereta kecilku berbunyi

Semua gembira dapat naik

Kita dah sampai rumah nenek

Susulan muat naik video tersebut, rata-rata netizen tidak menyangka bahawa terdapat kesinambungan lirik yang berlainan untuk lagu kanak-kanak tersebut.

Mereka juga sempat dilihat meninggalkan komen berkenaan sambungan lirik tersebut.

“Biar betul ada sambungan, dah umur 41 tahun baru tahu ada sambungan. Maknanya cikgu muzik dulu ajar tak habis nyanyi lagu ni,””tulis seorang netizen.

“Oh selama ni aku nynyai rangkap pertama jela,” tulis seorang lagi netizen.

“Mesti dulu cikgu aku pun tak tahu jugak yang lagu ni ada sambungan,” tulis seorang netizen pula bergurau.

Bukan setakat netizen sahaja yang tak tahu, min pun baru kali pertama dengar sambungan lirik lagu ni.

Cumanya, tidak dapat dipastikan sama ada sambungan lirik berkenaan benar-benar ada atau ditambah kemudian.

Apa pendapat anda?

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

@heybiscusofficial

full video di YouTube Hyebiscus – Kid Songs #bapakupulangdarikota

♬ original sound – HEYBISCUS – HEYBISCUS

Sumber: TikTok/@heybiscusofficial

The post Netizen Terkejut Tahu Lagu “Bapaku Pulang Dari Kota” Ada Lirik Sambungan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*