Syarikat Pembangun Permainan Video Hong Kong Lantik ‘AI’ Jadi CEO

syarikat permainan video china CEO AI

Syarikat Pembangun Permainan Video Hong Kong Lantik ‘AI’ Sebagai CEO

Kecerdasan Buatan atau AI mula mendapat perhatian ramai apabila OpenAI melancarkan ChatGPT pada tahun lepas. Namun begitu, tahukah anda sebenarnya teknologi AI wujud lebih awal daripada itu. Malah, ada syarikat yang mengambil langkah jauh ke hadapan dalam praktis AI ini.

Pada Ogos tahun lepas, syarikat permainan video China, NetDragon Websoft mengumumkan bahawa pihaknya telah melantik sebuah robot sebagai salah ‘seorang’ pekerja di syarikat tersebut.

Lebih dahsyat, robot humanoid  bernama ‘Tang Yu’ itu dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikatnya, Fujian NetDragon Websoft.

Selepas pelantikan robot humanoid yang dilengkapi kepintaran buatan tersebut, nilai saham NetDragon dilaporkan telah memintas Indeks Hang Seng.

syarikat permainan video china CEO AI
Kredit: Yahoo Finance via Insider

Difahamkan, nilai saham syarikat berkenaan telah meningkat sebanyak 10 peratus sejak enam bulan, lapor Google Finance. Pendapatan syarikat itu juga turut bertambah kepada HK$9 bilion (RM5.14 bilion).

Syarikat lantik AI sebagai CEO dianggap satu keputusan yang baik

Ketika pengumuman berita tersebut, NetDragon memaklumkan bot berkenaan mampu meningkatkan kadar kecekapan dalam membuat keputusan dan pengurusan risiko.

Selain itu, pelantikan Tang Yu turut membantu dalam menyediakan suasana tempat kerja yang adil dan cekap bagi para pekerja.

“Kami percaya bahawa AI merupakann masa depan bagi pengurusan korporat. Pelantikan Cik Tang Yu mewakili komitmen kami dalam menghayati penggunaan AI untuk mengubah cara syarikat kami beroperasi. Ia juga dapat memacu kami ke arah pertumbuhan masa depan yang strategik.

“Kami akan terus meluaskan algoritma Tang Yu bagi membina model pengurusan yang terbuka, interaktif dan telus. Ketika ini, kami secara perlahan-lahan berubah ke arah komuniti yang berkerja berasaskan metaverse,” ” kata Pengerusi NetDragon, Dejian Liu.

Untuk makluman, NetDragon diasaskan pada 1999 dan menghasilkan beberapa permainan multi-player. Antaranya, ‘Eudemons Online’, ‘Heroes Evolved’ dan ‘Conquer Online’ termasuklah, portal permainan video atas talian pertama China, 17173.com.

Sebelum ini, pengasas Alibaba, Jack Ma meramalkan bahawa ‘sebuah robot akan menjadi muka depan kulit majalah Time dan diiktiraf sebagai CEO terbaik dalam 30 tahun’, lapor CNN pada 2017.

Bukan itu sahaja, beberapa tinjauan Insider menunjukkan, beberapa pekerjaan pada masa akan datang bakal digantikan dengan AI. Kerjaya tersebut merangkumi bidang kejuruteraan perisian sehinggalah kewartawanan.

BACA: ‘Robot’ Peguam Didakwa Tiada Kelulusan Undang-undang

Sumber: Business Insider

The post Syarikat Pembangun Permainan Video Hong Kong Lantik ‘AI’ Jadi CEO appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*