Seriau Tengok, Abang Ni Nyaris Disambar Masa Bagi Buaya Makan

disambar makan buaya

Seriau Tengok, Abang Ni Nyaris Disambar Masa Bagi Buaya Makan

Buaya merupakan haiwan reptilia yang menakutkan kerana memiliki rupa paras dan naluri membunuh yang menggerunkan.

Haiwan ini merupakan haiwan karnivor. Jadi, diet harian buaya terdiri daripada daging-daging haiwan lain yang menjadi mangsa buruannya.

Selain itu, semakin besar saiz buaya, semakin besar jugalah saiz mangsa yang boleh dibaham.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Sumber Daya Lingkungan Australia Utara, buaya air masin boleh memakan rusa kutub bersaiz besar.

Bahkan saiznya cukup besar untuk membaham buaya lain.

Nyaris disambar masa bagi buaya makan, tapi masih tenang

Oleh sebab itu, jika anda memelihara buaya, maka tugas memberikan makanan kepada haiwan pemangsa ini bukanlah satu tugasan yang mudah.

Malah, hanya orang yang memiliki tahap keberanian yang tinggi serta daya refleks yang pantas sahaja mampu melakukan pekerjaan yang sangat luar biasa ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama pengguna @bangbuya_ berkongsi pengalamannya memberi buaya makan.

Dalam video yang berdurasi satu minit 33 saat itu, lelaki tersebut cuba untuk memberikan daging kepada seekor buaya yang dikenali sebagai ‘Jamal’.

Walaupun Jamal agresif, petugas masih beri makanan kepada buaya kesayangannya dengan penuh kasih sayang

Difahamkan, Jamal tinggal di Taman Buaya dan Rekreasi Melaka yang terletak berdekatan Ayer Keroh, Melaka.

Sebagai seorang petugas di sana, pengguna tersebut perlu menjalankan tugasnya memberi buaya-buaya di sana makan mengikut jadual yang ditetapkan.

Ketika membuka pintu sangkar Jamal, buaya tersebut dilihat sedang berada di dalam air, betul-betul berhadapan dengan pintu sangkar.

“Uncle, ada bawak sedikit makanan,” ujar petugas berkenaan ketika membuka pintu sangkar.

Tanpa berfikir panjang, Jamal terus menghalakan mulutnya ke arah pintu.

Walaupun berdepan dengan kejutan yang berlaku hanya beberapa saat selepas membuka pintu rumah Jamal, lelaki tersebut masih berlembut dengan buaya berkenaan.

“Mal, nak makan tak? Uncle ada bawak ayam, daging…,” belum sempat lelaki tersebut menghabiskan ayatnya, sekali lagi dirinya hampir disambar Jamal.

Tak behave, terus sambar daging dipegang petugas

“Jangan, sabar. Uncle ada bawak banyak daging….BATANG PINANG!!!!! Ya Allah,” daging yang dipegang lelaki tersebut kemudian terus disambar Jamal.

Apabila mendapat daging daripada petugas, Jamal mengigit dan mengunyah daging berkenaan sebelum menelan.

Pada hujung video, Jamal kelihatan gembira selepas mendapat makanan dan sedawa beberapa kali.

@bangbuya_

#bangbuya #gengbuya #teambuya #jkkj #bangbuyatalk #bangbuyalive #janganlupaselawat

♬ original sound – Bangbuya – Bangbuya

Pelbagai reaksi orang ramai, rasa seram ada kelakar pun ada

Video yang menampilkan keberanian dan kecekapan petugas berkenaan telah menarik perhatian orang ramai.

Ramai yang memuji kemahiran petugas berkenaan mengelak daripada disambar buaya dengan pantas serta keberaniannya untuk menjalankan tugas tersebut.

Kebanyakan pengguna turut ‘mengelak’ apabila Jamal kelihatan betul-betul dekat pada skrin telefon pintar mereka.

BACA: Tular Kelibat Nanami Di Kuantan, “Cosplayer” Ini Ubati Rindu Peminat

Sumber: bangbuya_ via TikTok

The post Seriau Tengok, Abang Ni Nyaris Disambar Masa Bagi Buaya Makan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*