New Balance Mohon Maaf, Sahkan Satu Bahagian Kecil Kasut U990TA4 Mengandungi Kulit Babi

New balance u990TA4 babi

New Balance Mohon Maaf, Sahkan Satu Bahagian Kecil Kasut U990TA4 Mengandungi Kulit Babi

New Balance Malaysia mengesahkan bahawa satu bahagian kecil kasut model U990TA4 mengandungi bahan kulit babi.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dimuat naik di laman facebooknya baru-baru ini.

Menerut New Balance, pihaknya menerima banyak persoalan berkenaan komposisi bahan yang digunakan untuk menghasilkan kasut tersebut sebelum ini.

Hasil keputusan tersebut diperolehi selepas pihaknya membuat siasatan menyeluruh berkenaan isu yang dibangkitkan.

Jelas syarikat pengeluar barangan sukan dan gaya hidup terbabit, ketepatan dan ketelusan adalah perkara penting yang diterapkan dalam kalangan pekerjanya.

Ekoran itu, pihaknya memohon maaf atas apa yang berlaku serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelanggan yang terkesan dalam isu ini.

“Kami memohon maaf atas kepada para pelanggan yang menerima maklumat kurang tepat daripada pasukan kami.

“Kami akan mengambil tanggungjawab penuh atas kelemahan komunikasi ini dan komited untuk menyediakan penyelesaian yang memuaskan untuk pelanggan kami yang terjejas.”

New Balance bertindak untuk memberikan ganti rugi berbentuk, penukaran produk ataupun pemberian ganti rugi secara penuh kepada pelangan yang terkesan.

“Bagi semua pelanggan yang telah membeli  U990TA4 daripada New Balance Malaysia, Crossover, dan ATMOS KL, sama ada menerusi stor ataupun atas talian, kami akan menawarkan penukaran produk atau pemberian ganti rugi secara penuh berdekatan mana-mana stri New Balance di Malaysia (kecuali Factory Outlet).”

“Tawaran ini berkuat kuasa secara serta merta dan sah dalam masa tiga (3) bulan,” jelas New Balance lagi.

Pekerja-pekerja di stor difahamkan akan sentiasa terbuka untuk membantu pelanggan bagi memudahkan proses penukaran atau pemulangan semula.

Selain itu, pihaknya telah menarik balik semula penjualan U990TA4 dan telah memaklumkan rakan kongsi dan pengedar kami untuk melaksanakan langkah yang sama sehingga pelabelan dikemas kini.

“Kepercayaan dan kepuasan pelanggan merupakan satu perkara yang penting buat kami dan kami akan bekerja keras untuk mendapatkan kepercayaan anda kembali,

“Sekali lagi, kami memohon maaf atas kekhilafan ini. Terima kasih atas pemahaman dan sokongan anda yang berterusan,”

BACA: Dr Zulkifli Kongsi Panduan Ringkas Nak Pilih Calon Terbaik Masa Mengundi Pilihan Raya

Sumber: New Balance via Facebook

The post New Balance Mohon Maaf, Sahkan Satu Bahagian Kecil Kasut U990TA4 Mengandungi Kulit Babi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*