Hanya Guna Kopi & Cengkih, Cara Buat Penghalau Nyamuk, Lalat

Serbuk Kopi, Bunga Cengkih Bantu Usir Nyamuk Dan Lalat Di Rumah

Hanya Guna Kopi & Cengkih, Cara Buat Penghalau Nyamuk, Lalat

Rumah bukan sekadar “bangunan” tempat manusia berlindung. Rumah ialah “syurga dunia” kerana di situlah tempat yang paling selesa untuk manusia berehat dan melepaskan lelah.

Dalam menikmati ketenangan di rumah, kita sudah pasti tidak ingin diganggu oleh apa-apa pun. Namun begitu, seringkali kita masih diganggu oleh makhluk kecil yang bersayap, iaitu nyamuk dan lalat.

Selain bunyinya yang menjengkelkan, nyamuk dan lalat juga berupaya menyebarkan bakteria dengan cepat di rumah.

Kita hendaklah berwaspada sekiranya terdapat banyak nyamuk dan lalat di rumah. Hal ini boleh menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit sekiranya dibiarkan berlanjutan.

BACA: Lalat Banyak Di Rumah? Guna 5 Bahan Semulajadi Ni Untuk Halau Lalat, Bahan Kat Dapur Pun Boleh Guna

Walaupun kerja-kerja membasmi serangga ini bukanlah mudah dan senang, tetapi perlu dilakukan demi kesejahteraan tempat kediaman dan penghuninya.

Dalam pada itu, ramai yang tidak tahu kegunaan lain serbuk kopi dan bunga cengkih. Selalunya, kita menganggap kopi dan cengkih hanya digunakan sebagai bancuhan minuman dan bahan masakan semata-mata.

Sebenarnya, kopi dan cengkih juga boleh digunakan sebagai bahan penghalau nyamuk serta lalat. Tapi, macam mana nak buat penghalau nyamuk dan lalat guna kedua-dua bahan itu?

Cara buat penghalau nyamuk dan lalat di rumah menggunakan serbuk kopi dan bunga cengkih

Justeru itu, SK hari ini ingin berkongsi cara mudah mengusir nyamuk dan lalat di rumah yang boleh menggantikan aroma ubat nyamuk yang kurang menyenangkan.

Tips ini diambil daripada perkongsian seorang pengguna TikTok (@Simba Memory).

Mula-mula, isikan gelas kaca dengan serbuk kopi dan pastikan bahan itu memenuhi 3/4 gelas kaca.

Seterusnya, ambil tali dari sebatang lilin dan masukkan ke dalam bahagian tengah gelas kaca yang berisi serbuk kopi. Pastikan panjang tali lilin tersebut adalah melebihi paras serbuk kopi yang telah diisikan dalam gelas kaca.

Kemudian, letakkan beberapa biji bunga cengkih di atas permukaan kopi. Siap, mudah je kan nak buat penghalau nyamuk ini.

Hanya tinggal nyalakan tali lilin dengan api, dan letakkan di ruangan yang banyak nyamuk dan lalat.

Selamat mencuba.

@simba_memory

Ada yang tak selesa dengan aroma ubat nyamuk? Cuba tips ni pula.. Aroma bau kopi dan cengkih akan buat lalat dan nyamuk menghindar 🤗 @Simba Memory #tipsandtricks #usirnyamuk #kopi #simbamemory #fyp #berandatiktok

♬ Dj Peluklah Tubuhku Kecup Keningku Aku – Ghina Mei

Sumber: TikTok Simba Memory

The post Hanya Guna Kopi & Cengkih, Cara Buat Penghalau Nyamuk, Lalat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*