Nilai Kerosakan Gempa Di Turkiye & Syria Cecah RM452 Bilion

Kerosakan gempa turkiye

Nilai Kerosakan Gempa Di Turkiye & Syria Cecah RM452 Bilion

ISTANBUL — Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (PBB) semalam memaklumkan bahawa nilai kerosakan akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria pada bulan lepas mencecah RM452 bilion ($100 bilion), lapor AFP.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh anggota Program Pembangunan PBB (UNDP), Louisa Vinton.

“Nilai kerosakan sahaja dianggarkan berjumlah lebih daripada RM452 bilion ($100 bilion). Sudah tentu kos baik pulih akan lebih tinggi.

“Lebih-lebih lagi, kos pemulihan termasuk membina semula infrastruktur yang mesra alam dan lebih mapan,” katanya.

Tambahan lagi, hasil data yang diperolehi oleh kerajaan Turkiye, UNDP, Bank Dunia, dan Kesatuan Eropah, menjangkakan nilai itu jauh lebih tinggi.

Kata Vinton lagi, anggaran tersebut akan menjadi usul untuk dibawa ke persidangan pemulihan dan pembinaan semula di Brussels pada minggu depan.

“Setakat ini, nilai kerosakan yang telah dibentangkan kerajaan turut disokong oleh tiga rakan antarabangsa kerajaan,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, bank global pada minggu lalu turut melaporkan lebih RM153 bilion ($34 bilion) nilai kemusnahan gempa yang meranapkan kebanyakan bangunan di negara terbabit.

Tambah bank dunia itu, jumlah tersebut berkemungkinan akan meningkat.

Bagaimanapun, pihak UNDP kecewa dengan respon yang diberikan terhadap permohonan rayuan pembiayaan setakat ini. Hal ini kerana hanya 9.6 peratus dana yang diperolehi menerusi rayuan kilat berjumlah RM4.51 bilion ($1 bilion) yang dimohon pada 16 Februari lalu.

BACA JUGA: Ahli Seismologi Turkiye Ramal Gempa Bumi Kuat Seterusnya Dekat Dengan Pelabuhan Canakkale

Terdahulu, gempa bumi berukuran 7.8 magnitud telah berlaku pada 6 Februari dengan beberapa siri gempa susulan.

Akibatnya, lebih 45,000 nyawa terkorban di Turkiye dan 5,000 di Syria. Gegaran kuat itu dapat dirasai sehingga ke kepulauan Cyprus dan Mesir.

Gempa bumi itu merupakan yang paling teruk sejak bencana yang sama berlaku di Duzce, Turkiye pada tahun 1999.

Difahamkan, gempa tersebut telah meragut lebih 17,000 orang di negara tersebut. Lebih 1,000 daripada jumlah itu dilaporkan terkorban di Istanbul.

Selain itu, pada 2020, gempa bumi berukuran 6.8 magnitud telah melanda Elazig, Turkiye. Dalam kejadian itu, lebih 40 orang telah terbunuh.

Sumber: AFP

The post Nilai Kerosakan Gempa Di Turkiye & Syria Cecah RM452 Bilion appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*