“No Turning Back,” Puteri Sarah Minta Peminat Doakan Diberi Jodoh Cepat & Baik

No Turning Back,” Puteri Sarah Minta Peminat Doakan Diberi Jodoh Cepat & Baik

Pelakon Puteri Sarah meminta orang ramai supaya mendoakan agar beliau dikurniakan jodoh yang baik dan boleh menerima serta menyayangi dirinya serta anak-anak, katanya dalam perkongsian siaran langsung (live) di TikTok baru-baru ini.

Menerusi potongan klip yang dikongsikan oleh pengguna akaun @dinaraaa…97, Sarah berharap supaya beliau didatangkan jodoh yang cepat seperti yang berlaku kepada rakan-rakan artis, Nad Zainal dan Mizz Nina.

Bagaimanapun, Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan dia turut memegang kepada prinsip untuk tidak berpatah kembali terutamanya ke masa lalu.

Kredit: @dinaraaa…97/TikTok

Difahamkan hasrat tersebut terpacul dari bibir Puteri Sarah selepas beliau membaca salah satu komentar warga maya dalam siaran langsung itu.

“Tak nak cari suami baru ke?” kata komentar itu.

Justeri beliau pun menjawab dengan menzahirkan kata-kata berkenaan.

“Semoga saya jumpa jodoh saya cepat, macam Nad Zainal, Mizz Nina.

“Apa-apa pun doakan Sarah okay, bertemu jodoh yang baik, yang boleh sayang Sarah dan anak-anak.

“Tapi moto hidup Sarah, ‘no turning back’ terutamanya jangan kembali pada masa lalu anda,“ ujarnya dalam live itu.

Sarah yang memakai telekung itu melayani para peminatnya sambil mempromosikan produk jualannya di platform TikTok.

Menerusi paparan klip itu, seramai 2,100 orang menonton live yang dilakukan oleh pelakon berusia 37 tahun terbabit.

BACA: Kes Saman Puteri Sarah, Ira Kazar Selesai Secara Baik

Tidak menolak jika bakal suami dari industri sama

Pelakon itu juga mengambil peluang membaca komentar-komentar lain yang ditinggalkan oleh peminatnya berkaitan dengan jodoh semasa live itu berlangsung.

Mengulas lanjut, Sarah berkata dia tidak menolak sekiranya bakal suaminya nanti daripada industri hiburan kerana tidak mengetahui apa yang ditakdirkan olehnya.

“Saya tidak mahu mengatakan tidak sebab kalau Sarah cakap no nanti tiba-tiba nanti mana lah tahu kan (ada).

“Selepas itu orang kata, hari itu kata tidak mahu haa,” selorohnya.

Semasa melayani para peminatnya, Sarah mendapat satu panggilan yang membuatkan dia mengukirkan senyuman.

“Saya tengah live. Saya live dahulu sekejap, lima minit lagi nanti saya telefon awak kembali, bye,” katanya kepada pemanggil.

Jun lalu media melaporkan Sarah dan bekas suaminya, Syamsul Yusof sah bercerai dengan talak satu.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Mereka dikurniakan dua cahaya mata daripada hasil perkahwinan itu.

@dinaraaa…97

Semoga BerTemu JodoH yg TerBaik Buat PSL🤲🥰#puterisarahliyana#artismalaysia#viraltiktok#fyp#fypシ゚viral

♬ bunyi asal – SingLeMama… – SingLeMama…🥀

Sumber: @dinaraaa…97/TikTok

The post “No Turning Back,” Puteri Sarah Minta Peminat Doakan Diberi Jodoh Cepat & Baik appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*