China Selar Tindakan Ujian COVID-19 Wajib Ke Atas Pelancong Warganya, Janji Bertindak Balas

Beijing Selar Tindakan Ujian COVID-19 Wajib Ke Atas Pengembara Dari China

Kerajaan China telah mengkritik terhadap keperluan untuk mengambil ujian COVID-19 wajib yang dikuatkuasa oleh beberapa negara terhadap penumpang kapal terbang yang berlepas dari negaranya.

Amerika Syarikat, Kanada, Perancis dan  Jepun merupakan antara negara yang mewajibkan para pengembara dari China untuk menunjukkan ujian COVID-19 dengan keputusan negatif sebelum ketibaan mereka ke negara-negara tersebut, berikutan kes di China semakin meningkat.

“Beberapa negara mengambil langkah berjaga-jaga dengan hanya menyasarkan pengembara dari China sahaja. Ini tidak mempunyai asas saintifik dan beberapa langkah yang diambil tidak boleh diterima,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, Mao Ning dalam sebuah taklimat.

Beliau turut memberi amaran bahawa kerajaan China akan mengabil tindakan balas berdasarkan prinsip timbal balik.

Terdahulu, China telah mencatatkan lonjakan kes secara mendadak selepas beberapa tahun walaupun melaksanakan polisi sifar COVID-19. Polisi berkenaan bagaimanapun telah dilonggarkan pada bulan lepas.

Lewat Disember, Beijing mengumumkan bahawa penduduknya kini sudah tidak lagi perlu menjalani kuarantin wajib sebelum ke luar negara dan menyebabkan ramai warga China teruja dan merancang perlancongan ke luar negara.

Justeru, beberapa negara yang bimbang dengan ketidaktelusan data jangkitan COVID-19 di China serta risiko kehadiran varians jangkitan baharu mengambil langkah berjaga-jaga yang ketat terhadap pengembara dari luar negara, khususnya China.

Setakat ini, China hanya merekodkan 22 kematian Covid sejak Disember lalu, selepas mengubah kriteria untuk mengklasifikasikan kematian yang disebabkan oleh jangkitan tersebut.

BACA: KKM Ambil Sampel Air Kumbahan Pesawat Dari China Untuk PCR, Pelancong Perlu Lalui Ujian Saringan Demam

Sumber: AFP

The post China Selar Tindakan Ujian COVID-19 Wajib Ke Atas Pelancong Warganya, Janji Bertindak Balas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*