Otai Ajar Cara Tradisional Proses Air Tebu, Elak Cepat Rosak

air tebu rosak cara tradisional

Otai Ajar Cara Tradisional Proses Air Tebu, Elak Cepat Rosak

Air tebu merupakan antara minuman yang sering dijual di tepi jalan, pasar malam dan selalu ditemui di bazar Ramadan.

Rasanya yang manis dan berlemak meletakkan minuman ini sebagai antara minuman kegemaran rakyat Malaysia.

Jadi tidak hairanlah pasaran air tebu sentiasa mendapat permintaan daripada orang ramai, khususnya pada bulan puasa.

Namun begitu, air tebu sebenarnya adalah satu hidangan air yang tidak tahan lama dan mudah rosak.

Kerosakan tetap boleh berlaku biarpun air tebu sudah disimpan di dalam peti sejuk.

Rupanya, cara pokok tebu diproses sebelum diperah menjadi air akan mempengaruhi kualiti air tebu tersebut.

Seorang pengguna TikTok, Wak Haji Tebu (@wak_hj_tebu) baru-baru ini berkongsi punca mengapa air tebu cepat menjadi rosak.

Beliau kemudian menunjukkan kaedah memproses tebu secara tradisional yang dapat memelihara kualiti air dan bertahan lebih lama.

Otai ajar cara tradisional proses air tebu, elak cepat rosak

Katanya kulit tebu perlu dikupas menggunakan pengupas atau disebut sebagai peeler.

Batang tebu yang lebih panjang mungkin akan menyebabkan tangan merasa lenguh ketika mengupas.

Wak menyarankan agar bahagian pemegang pengupas dipanjang dengan cara menambah batang kayu pada bahagian tersebut.

Batang kayu itu pula boleh diikat dengan batang alat pengupas dengan menggunakan pita pelekat.

Dengan penambahan bahagian ini, maka kerja mengupas berjalan dengan lebih mudah biarpun dilakukan dalam tempoh masa yang lama.

Menurut Wak, kita tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak untuk mengupas bahagian luaran pada batang tebu ini.

“Kita tarik lembut sahaja,” ujar Wak.

air tebu rosak cara tradisional
Kredit:TikTok

Jelasnya, jika kita tidak mengupas bahagian luar kulit tebu, ia akan menyebabkan air perahan tebu menjadi sangat keruh.

Sejujurnya, kita boleh menggunakan parang untuk mengupas bahagian ini tetapi berkemungkinan hasil kupasan menjadi tidak sekata.

Ini sebab kenapa air tebu jadi cepat rosak

Semasa mengupas, Wak turut menunjukkan beberapa bahagian tebu yang didapati sudah rosak.

Menurut Wak, bahagian tersebut perlu dibuang sebelum diperah.

“Jika bahagian rosak ini diperah, ia akan menghasilkan warna air yang kemerahan dan air minuman akan menjadi cepat basi,” katanya.

Selain itu, beliau turut memberikan tips bagi mengelakkan pokok tebu yang ditanam mengandungi banyak bahagian rosak.

Wak berkata, kita perlu menjaga pokok tebu dengan mematuhi jadual penjagaannya.

Antaranya mematuhi waktu untuk mencantas daun, waktu untuk menyembur racun dan waktu untuk meletakkan baja.

Dengan ini, pokok tebu dapat membesar dengan sihat, tanpa memiliki bahagian rosak kerana tidak dapat diserang penyakit mahupun haiwan perosak.

@wak_hj_tebu

proses tebu cara traditional #petanitebu #tebutelur #peniagatebu

♬ original sound – WAK_HJ_TEBU – WAK_HJ_TEBU

Semoga bermanfaat.

BACA: Lama Perhati, Kenapa Tayar Kenderaan Ada ‘Rambut’? Ini Puncanya

Sumber: @wak_hj_tebu via TikTok

The post Otai Ajar Cara Tradisional Proses Air Tebu, Elak Cepat Rosak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*