Kecur Air Liur Dibuatnya, Ini Resepi Mudah Nak Buat Lepat Liat Kelapa

Lelaki Kongsi Resepi Lepat Liat Nyiur

Sebut sahaja kuih-muih, ia tidak lari dengan budaya masyarakat tempatan kita. Sejak dahulu lagi, kita terkenal dengan pelbagai aneka kuih-muih.

Ia menjadi pilihan dalam semua lapisan masyarakat lebih-lebih lagi kanak-kanak. Antara kuih yang sering menjadi kegemaran termasuklah donut, karipap, ketayap, cucur badak dan juga lepat liat.

Umumnya, lepat liat dihasilkan bersama inti kelapa dalam pelbagai variasi rasa misalnya lepat liat inti kelapa (gula melaka) lepat liat inti kelapa (sirap) dan sebagainya.

Ia sering menjadi santapan dalam kalangan komuniti terutamanya dinikmati seisi keluarga ketika masih panas.

Oleh itu, hari ini SK akan berkongsikan resepi lepat liat inti kelapa atau nyiur menerusi saudara Ariff Budiman Zainal Abidin di bawah. Semoga bermanfaat.

Saya bergurau dengan isteri kata lama tak makan lepat liat inti nyok. Terus isteri suruh beli nyok putih dam ambil daun pisang. Alhamdulillah hilang teringin.

Resepi lepat liat

Gambar: Ariff Budiman Zainal Abidin

Antara bahan-bahan yang diperlukan bagi lepat liat nyiur ini termasuklah 500 gram tepung pulut, 200 gram gula merah, 100 gram gula pasir, 2 cawan air, 2 helai daun pandan, 1 biji kelapa putih, sedikit garam dan minyak lumur daun pisang

Gambar: Ariff Budiman Zainal Abidin

Cara-cara

Langkah penyediaan lepat ini mudah sahaja pertama, masak air, gula merah, gula pasir dengan daun pandan hingga gula hancur (tapis).

Gambar: Ariff Budiman Zainal Abidin

Yang kedua, masukkan air gula panas-panas dalam tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati ( guna senduk).

 Lelaki Kongsi Resepi Lepat Liat Nyiur
Gambar: Ariff Budiman Zainal Abidin

Seterusnya, kelapa putih gaul dengan sedikit garam. 

 Lelaki Kongsi Resepi Lepat Liat Nyiur
Gambar: Ariff Budiman Zainal Abidin

Yang keempat, lumur sedikit minyak di tengah daun pisang. Letak 1 sudu besar adunan tepung dan tenyeh-tenyeh hingga leper. Letak kelapa putih atas adunan.

Yang terakhir, lipat kemas-kemas daun pisang. Masak air hingga mendidih. Kukus selama 20 minit. Siap.

 Lelaki Kongsi Resepi Lepat Liat Nyiur
Gambar: Ariff Budiman Zainal Abidin

Sumber: Facebook Ariff Budiman Zainal Abidin via Masak Apa Harini Ni (MAHN)

The post Kecur Air Liur Dibuatnya, Ini Resepi Mudah Nak Buat Lepat Liat Kelapa appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*