Padah Cuba Ikut “Challenge” Dalam Internet, Lelaki Terseksa 2 Jam Mentol Tersangkut Dalam Mulut

mentol tersangkut dalam mulut

Padah Cuba Ikut “Challenge” Dalam Internet, Lelaki Terseksa 2 Jam Mentol Tersangkut Dalam Mulut

Seorang lelaki di China berdepan detik cemas selepas sebiji mentol lampu tersangkut dalam mulutnya gara-gara cuba menyahut cabaran dalam talian, lapor Oddity Central.

Lelaki tersebut dilaporkan bergegas ke bilik kecemasan Hospital Zhejiang dengan mentol lampu di mulutnya bagi mengeluarkan objek yang tersangkut tersebut.

Pada awalnya, lelaki tersebut telah pergi ke Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Yuyao, di Zhejiang, China untuk membantunya mengeluarkan objek tersebut.

Lelaki yang dikenali sebagai Chen cuba menjelaskan keadaannya kepada anggota bomba. Namun ia sia-sia kerana objek tersebut telah memenuhi mulutnya.

Lelaki tersebut terpaksa menutup mulutnya menggunakan sehelai t-shirt dan hanya mampu mengeluarkan bunyi yang tersekat-sekat.

Selepas membuka mulutnya yang ditutup, anggota bomba baru mengetahui punca kepada masalah lelaki tersebut.

Hasil pemeriksaan ke atas mulut lelaki itu, anggota bomba kemudiannya memutuskan bahawa cubaan untuk mengeluarkan objek itu adalah sukar.

Bomba bawa ke hospital bagi mengeluarkannya

Jadi mereka memutuskan untuk membawa Chen ke Hospital yang berdekatan bagi membantu mengeluarkan objek tersebut dari mulutnya.

Hasil pemeriksaan doktor, mereka menyedari bahawa lelaki itu tidak dapat membuka mulutnya dengan cukup luas untuk mengeluarkan mentol lampu dengan selamat.

Oleh itu, mereka telah menggunakan pembuka mulut khas untuk membantu membuka rahangnya pada satu sisi dan mengeluarkan mentol kaca itu.

Selepas operasi itu selesai, Chen memberitahu doktor bahawa mentol itu telah tersekat di mulutnya kira-kira dua jam sebelum datang ke hospital tersebut.

BACA: Wanita Dilapor Terselamat, Sejam Bertarung Nyawa Diterkam Buaya

Menurut lelaki itu, dia telah cuba mengeluarkannya sendiri, tetapi tidak dapat membuka mulutnya cukup luas untuk mengeluarkan mentol itu.

Ekoran mengalami masalah bercakap dan menelan, dia telah memutuskan untuk mendapatkan bantuan daripada mereka yang profesional.

Mengulas lanjut berkenaan bagaimana mentol tersebut boleh berada di dalam mulutnya, dia memberitahu bahawa telah melihat video dalam talian mengenai perbuatan itu.

Dia kemudiannya cuba melakukannya dan melihat sama ada dia juga mampu melakukannya seperti lelaki dalam video dalam talian tersebut.

Sumber: Oddity Central

The post Padah Cuba Ikut “Challenge” Dalam Internet, Lelaki Terseksa 2 Jam Mentol Tersangkut Dalam Mulut appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*