Potong 3 Bahagian Ni Je, Lelaki Kongsi Cara Mudah Siang Ikan Guna Gunting

Cara Mudah Siang Ikan Guna Gunting

Potong 3 Bahagian Ni Je, Lelaki Kongsi Cara Mudah Siang Ikan Guna Gunting

Menjadi seorang suri rumah bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana pelbagai aspek perlu diambil kira bagi memastikan rumah harmoni dan nyaman.

Dari aspek mengemas rumah, melipat pakaian dan memasak sudah menjadi rutin harian bagi seorang suri rumah.

Oleh itu, suri rumah sekarang lebih bijak dalam menguruskan rumah tangga dengan mengikuti segala tips mudah bagi menjimatkan masa dan tenaga.

Sebagai contoh dalam memasak, pelbagai tips telah dikongsikan oleh orang ramai di media sosial untuk memudahkan kerja-kerja memasak yang diguna pakai oleh suri rumah.

Seperti perkongsian seorang lelaki bernama @awangdapur, tia ada berkongsikan berkenaan tips mudah siang ikan guna gunting.

Menurut lelaki itu, bahan utama yang anda perlukan sudah semestinya gunting yang tajam dan cukup kuat untuk memotong bahagian-bahagian ikan yang mahu dibuang.

Caranya cukup mudah, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan memotong tiga bahagian penting yang dinyatakan lelaki tersebut.

Potong tiga bahagian ni je

Yang pertama anda perlu memotong bahagian bawah insang ikan yang mahu disiang tersebut. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Kredit TikTok

Langkah kedua adalah memotong bahagian bawah mulut ikan tersebut. Pastikan potong sehingga ia sudah putus.

Seterusnya, anda perlu potong perut ikan tersebut untuk memudahkan anda bagi menarik insang dan isi perut ikan berkenaan. Sekarang sudah siap, cepat dan mudahkan.

Kredit TikTok
Kredit TikTok

Namun ada sesetengah orang mempunyai cara mereka sendiri, seperti memotong hujung mulut ikan dan membuang segala sirip dan ekor ikan.

Terpulang kepada anda mahu menggunakan cara yang bagaimana, kerana di penghujungnya anda yang mahu makan ikan tersebut.

Perkongsian muat naik video siang ikan oleh lelaki tersebut sehingga kini telah mencecah lebih satu juta tontonan pengguna TikTok. Mereka juga sempat meninggalkan komen mereka berkenaan teknik siang ikan tersebut.

BACA: Wanita Dilapor Terselamat, Sejam Bertarung Nyawa Diterkam Buaya

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Aku lagi suka pakai gunting. Tak pandai guna pisau. Lagi senang dan cepat, penat tau nak siang ikan,” tulis seorang netizen.

“Enam tahun aku guna pisau. Baru aku tahu boleh guna gunting,” tulis seorang netizen yang baru mengetahui berkenaan teknik siang ikan guna gunting tersebut.

“Okay TQ benda ini sangat memerlukan,” tulis seorang netizen yang berterima kasih kepada lelaki tersebut yang berkongsikan teknik siang ikan itu.

Teknik siang ikan guna gunting ini semua orang boleh guna, kaum bapa pun boleh bantu. Jangan nak harapkan kaum ibu sahaja buat kerja-kerja rumah. Sesekali tolong mana yang patut bagi memudahkan urusan rumah tangga.

@awangdapur

Replying to @_THV_🐯DQ Tips no 17: Siang Ikan Guna Gunting #awangdapur #fyp #tipsdapur #carasiangikan #reseptiktok #resepimudah

♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Sumber: TikTok/@awangdapur

The post Potong 3 Bahagian Ni Je, Lelaki Kongsi Cara Mudah Siang Ikan Guna Gunting appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*