Padah Lempar Kata-kata Berbaur Lucah, ‘Rider’ Shopee Digantung Kerja

rider shopee digantung kerja

Gara-gara dipercayai membuat kenyataan berbaur lucah terhadap seorang wanita, seorang penghantar makanan Shopee digantung perkhidmatan serta dikenakan tindakan tertib, lapor Sinar Harian.

Dalam satu hantaran, Shopee yang merupakan syarikat platform e-dagang terkemuka itu mengesahkan tindakan buruk lelaki terbabit bertentangan dengan dasar syarikatnya.

“Sebarang tingkah laku buruk adalah bertentangan dengan dasar syarikat kami dan tidak boleh diterima.

“Kami telah mengambil tindakan tatatertib segera untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang, termasuk menggantung perkhidmatannya,” maklum kenyataan itu pada Selasa.

Tambah Shopee, pihaknya akan memberi permohonan maaf kepada pasangan terbabit dan akan menghubungi mereka berkenaan dengan perkara itu.

“Kami juga ingin mengambil kesempatan mengingatkan kepada semua staf tentang kod kelakuan dan tindakan serius yang mungkin berlaku jika mereka gagal mematuhi piawaian perkhidmatan yang kami harapkan,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan seorang penghantar makanan atau rider disyaki melemparkan kata-kata berunsur gangguan seksual kepada wanita seorang wanita.

Difahamkan juga, semasa kejadian berlaku rider itu menyarungkan pakaian berwarna oren yang mempunyai lambang Shopee dan turut membuat provokasi kepada mangsa untuk melaporkan tindakannya kepada pihak polis.

Oleh kerana rasa tidak berpuas hati, teman lelaki wanita itu memuat naik klip video tersebut di media sosial.

Sumber: Sinar Harian

The post Padah Lempar Kata-kata Berbaur Lucah, ‘Rider’ Shopee Digantung Kerja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*