Padah Masukkan Lesung Batu Dalam Kemaluan, Wanita Tanggung Sakit Faraj Terpaksa Dibedah

lesung batu kemaluan

Padah Masukkan Lesung Batu Dalam Kemaluan, Wanita Tanggung Sakit Faraj Terpaksa Dibedah

Seorang wanita berusia 41 tahun dilaporkan mengalami kesakitan di bahagian kemaluannya selepas satu objek keras tersangkut di dalamnya, lapor Disway.

Kejadian tersebut menjadi tular di media sosial selepas objek keras tersangkut itu didakwa sebagai pemegang lesung batu.

Anak lesung batu itu dikatakan telah tersekat dan tidak dapat ditanggalkan.

Menurut Disway, satu-satunya cara untuk mengeluarkannya adalah dengan melalui proses pembedahan.

Kejadian malang itu telah dikongsikan oleh seorang doktor di akaun TikTok @ikkay_dr yang dipetik pada Ahad, 13 Ogos lalu.

Doktor tersebut memberitahu bahawa ada seorang wanita (41) telah datang ke bilik kecemasan obstetrik di tempat dia bekerja secara sendirian.

Tambahnya, wanita itu mengadu sakit serta mengalami pendarahan di bahagian kemaluannya.

Selepas rawatan awal dijalankan, tanda-tanda vital seperti tekanan darah, suhu dan lain-lain adalah normal, cuma nadinya agak laju.

“Pesakit mendakwa sakit perut di bahagian bawah disertai pendarahan dari saluran peranakan sejak malam,” kata perkongsian tersebut.

Selain itu, doktor tersebut turut menjalankan sesi soal jawab bersama mangsa mengenai sakit yang dialaminya itu.

Hasil soal jawab tersebut, wanita itu mengaku sebagai janda dan baru sahaja bercerai.

Proses rawatan kemudian diteruskan dengan pemeriksaan dalaman iaitu alat sentuh faraj VT.

Pemeriksaan itu mendapati terdapat satu objek keras dengan permukaan tidak rata di kemaluannya.

Pesakit akhirnya mengaku bahawa telah memasukkan objek ke dalam kemaluannya dan masih tersekat di dalamnya.

“Selepas berunding dengan pakar obstetri dan ginekologi, pemindahan manual telah dilakukan, tetapi tidak berjaya,” jelasnya.

Seterusnya, pembedahan untuk mengeluarkan anak lesung itu segera dilakukan,” tambah doktor menerusi perkongsian tersebut.

BACA: Ramai Lega, Masalah Lif PPR Selesai Selepas Tindakan Ini, Siap Nak Bagi Internet Percuma

Terdahulu, seekor lipas telah berjaya dikeluarkan daripada faraj seorang wanita yang mengadu ke doktor kerana berasa “tidak selesa” pada kemaluannya, lapor Daily Mail.

Pesakit yang tidak dinamakan itu dilaporkan telah datang ke klinik di Honduras untuk mendapatkan rawatan selepas berasa “gelisah dan berpeluh” di bahagian sulitnya.

Pesakit itu juga dikatakan tidak dapat tidur malam sebelumnya kerana berasa tidak selesa sepanjang serangga perosak itu berada di dalam farajnya.

Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor terkejut apabila mendapati terdapat serangga yang sudah mati berada di bahagian sulit wanita tersebut.

Sumber: Diswar.ID

The post Padah Masukkan Lesung Batu Dalam Kemaluan, Wanita Tanggung Sakit Faraj Terpaksa Dibedah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*