Penonton Dakwa Dipukul Anggota JMF Ketika Perlawanan Akhir Piala FA – ACP Rahmat

Penonton dipukul piala fa

Penonton Dakwa Dipukul Anggota JMF Ketika Perlawanan Akhir Piala FA -ACP Rahmat

JOHOR BAHRU, 24 Julai (Bernama) — Seorang penonton perlawanan akhir bola sepak Piala FA 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan KL City, mendakwa dirinya dipukul oleh anggota Johor Military Force (JMF), dekat sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata lelaki yang berusia 30 tahun itu turut mendakwa dirinya mengalami kecederaan dan membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, Kuala Lumpur, pada 11.50 pagi, semalam.

Beliau berkata mangsa yang pulang ke Kuala Lumpur mendapatkan rawatan, ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

BACA JUGA: Benam KL City 2-0, JDT Muncul Juara Piala FA Edisi 2023

“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes berkenaan masih dalam siasatan, orang ramai yang melihat kejadian itu dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri untuk membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

The post Penonton Dakwa Dipukul Anggota JMF Ketika Perlawanan Akhir Piala FA – ACP Rahmat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*