Pakai Ajinamoto Buat “Booster”, Wanita Kongsi Pokok Subur & Berbuah Dua Kali Ganda Lebat

booster pokok berbuah

Pakai Ajinamoto Buat “Booster”, Wanita Kongsi Pokok Subur & Berbuah Dua Kali Ganda Lebat

Hobi bercucuk tanam semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi hobi ini juga dilihat sebagai satu terapi yang bagus untuk merehatkan minda serta dapat mengurangkan kos barangan dapur.

Namun begitu, untuk memastikan setiap pokok yang ditanam berada dalam keadaan baik dan subur bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan penjagaan yang betul dan telitii.

Sekiranya langkah dan teknik penjagaan yang digunakan tidak betul, tanaman dan pokok cenderung mendapat pelbagai penyakit dan tidak subur.

Oleh itu, wujudnya kaedah pembajaan yang berfungsi sebagai ‘booster’ kepada pokok-pokok yang ditanam.

Walau bagaimanapun, ia juga memerlukan kos yang agak tinggi dan teknik yang betul.

Disebabkan itu, ramai diantara kita menggunakan pelbagai bahan buangan dan sisa rumah sebagai mekanisme dalam kaedah pembajaan. Namun, ianya jadi tak jadi sahaja.

Sehubungan itu, harini SK akan berkongsikan satu ‘rahsia’ buah pokok yang ditanam berbuah lebat dua kali ganda.

Tanpa membuang masa, mari ikuti perkongsian Malmisa Swak Lis Lis berhubung booster untuk pokok-pokok anda kekal subur di bawah.

Wanita Kongsi Tip Pokok Berbuah Dua Kali Ganda

Ajinomoto Booster Untuk Pokok

Gambar: Malmisa Swak Lis Lis

BACA JUGA: Nak Beli Kena Pastikan Ada Sticker Biru Ni Dulu, Baru Bil Air Rumah Tak “Melangit”

Saya nak share BOOSTER baja untuk tanaman. Saya sendiri dah cuba. Ingat kita je ke kena ada booster. Pokok pun perlukan jugak.

Gambar: Malmisa Swak Lis Lis

Ajinomoto kaya dengan MSG antaranya ialah:

1. Menyuburkan pokok yang susah berbunga dan berbuah.
2. Daun sayur pulak, akan membesar 2x ganda dari size asal.
3. Pertumbuhan akan naik lebih cepat.

Gambar: Malmisa Swak Lis Lis

Cara Bancuhan:
1 sudu Ajinomoto (15 gram) campur dengan 5 liter air. Bancuh dalam baldi. Lepastu peram semalaman.

Esoknya baru boleh siram dekat tanah spray dekat daun sikit-sikit je. Penting tanah

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Gambar: Malmisa Swak Lis Lis

Siram sekali seminggu je. Jangan over siram hari-hari nanti pokok mati jangan salahkan kita tau.

Sesuai untuk pokok sayur dan juga bunga. Nanti lepas 1 minggu baru booster buat kerja. Kalau menjadi jangan lupa update sini ya. 

Sumber: Malmisa Swak Lis Lis via Facebook Berkebun D Rumah

The post Pakai Ajinamoto Buat “Booster”, Wanita Kongsi Pokok Subur & Berbuah Dua Kali Ganda Lebat appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*