EPL: ‘Bahtera’ Chelsea terus dilanda badai

LONDON – Chelsea terus dirun­dung malang apabila mengalami kekalahan ketiga berturut-turut selepas tewas 1-2 kepada Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Craven Cottage awal pagi semalam.

Lebih parah, perlawanan itu turut menyaksikan pemain baharu The Blues, Joao Felix dila­yangkan kad merah pada minit ke-58 selepas pemain pinjaman dari Atletico Madrid itu melakukan terjahan keras ke atas Kenny Tete.

Pada perlawanan tersebut, Fulham menjaringkan dua gol menerusi Willian dan Carlos Vinicius, manakala gol Chelsea dijaringkan pemain pertahanan, Kalidou Koulibaly.

“Terjahan yang dilakukan (Felix) adalah kekasaran ketika menyerang. Memang dia tidak ada niat untuk mendatangkan kecederaan, namun saya faham dan akui kekasaran itu layak dilayangkan kad merah.

“Keputusan itu nyata menjadi detik penentu untuk kami dalam perlawanan hari ini (semalam). Kami terus berada dalam situa­si sukar dan saya akui ia satu perkara yang mengecewakan,” kata Pengurus Chelsea, Graham Potter.

Tambah bekas pengendali Brighton itu, skuad kendaliannya menampilkan aksi lebih baik dan berjaya mengawal permainan pada awal perlawanan, namun kesilapan sendiri membuka ruang buat pasukan lawan menja­ringkan gol selain kehilangan seorang pemain memberi kesan kepada percaturan pasukan.

“Saya fikir kami bermain baik pada awal perlawanan dengan mencipta beberapa peluang menjaringkan gol. Bagaimanapun, beberapa hantaran akhir yang kurang menjadi menyebabkan kami gagal menjaringkan gol awal,” ujarnya. – AGENSI

The post EPL: ‘Bahtera’ Chelsea terus dilanda badai appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*