Pakai Satu Bahan Je, Ini Tips Mudah Bersih Minyak Masak Tumpah Atas Lantai

bersihkan tompokan minyak masak lantai

Pakai Satu Bahan Je, Ini Tips Mudah Bersih Minyak Masak Tumpah Atas Lantai

Situasi tidak terjangka boleh berlaku di dapur ketika anda sedang memasak. Kadang-kadang tengah pegang sesuatu barang, boleh pula terlepas daripada tangan. Misalnya pisau, pinggan mangkuk ataupun botol minyak masak.

Lalu, habislah segala-galanya tertumpah atas lantai. Minyak ini pula sifatnya bukan sama seperti air, biarpun kedua-duanya adalah cecair.

Biasanya kalau air tumpah, kita boleh terus lap dengan kain atau mop jika yang tumpah adalah air manis. Fabrik mop dan kain dapat menyerap cecair itu sepenuhnya dan kawasan yang basah kering dengan cepat.

Namun, berbeza dengan minyak, cecair tersebut tidak dapat diserap sepenuhnya ke dalam fabrik. Sebaliknya, tompokan cecair berkenaan akan tersebar dengan lebih luas di atas lantai. Ia sekaligus menyebabkan lebih banyak kawasan menjadi berminyak.

Ini yang menjadikan kedua-dua mop dan kain lap kurang efisien dalam membersihkan tompokan minyak pada lantai dapur.

Sudahlah tidak dapat membersihkan lantai secara sepenuhnya, kerja pembersihan jadi dua kali ganda apabila kawasan berminyak semakin luas.

Kalau tak boleh guna mop dan kain lap, macam mana kita bersihkan minyak masak pada lantai?

Seorang pengguna TikTok telah menemukan solusi yang sangat mantap bagi menyelesaikan masalah ini. Jules Pitch (@julespitch) berkongsi cara untuk membersihkan tompokan minyak masak pada lantai secara efektif dan efisien.

Dengan berbekal satu bahan sahaja, tompokan minyak dapat dibersihkan secara total tanpa menyebakan kesan berminyak pada lantai merebak menjadi tidak ‘terkawal’.

Pertama sekali, ambil tepung gandum dan letakkan ke atas tompokan minyak masak yang tertumpah pada lantai dapur.

bersihkan tompokan minyak masak lantai
Kredit: TikTok

Manakala, jumlah tepung gandum yang digunakan berdasarkan jumlah minyak masak yang tertumpah pada lantai tadi.

Seterusnya, campurkan tepung gandum yang ditabur tadi dengan tompokan minyak masak dan uli sehingga menjadi bentuk doh.

bersihkan tompokan minyak masak lantai
Kredit: TikTok

Kemudian, gumpalkan serpihan doh-doh kecil yang mengandungi tepung gandum dan minyak masak tadi sehingga menjadi satu doh yang besar.

Apabila tiada sisa minyak masak mahupun tepung gandum tersisa pada lantai, buangkan doh tadi ke dalam tong sampah.

Untuk kesan yang lebih optimum, anda boleh menggunakan tisu dapur untuk mengelap kesan doh ataupun mop pada bahagian tersebut.

@julespitch

Tips bersihkan minyak masak tertumpah. Jangan pakai mop terus nanti leceh nak bersihkan mop yang berminyak pula 😖 #fypdongggggggg #fypシ #tipsdapur #tipsbersihrumah

♬ Shut Down – BLACKPINK

BACA: Bukan Saja-Saja, Begini Cara Kod Panggilan Setiap Negara Ditentukan

Sumber: Tiktok julespitch

The post Pakai Satu Bahan Je, Ini Tips Mudah Bersih Minyak Masak Tumpah Atas Lantai appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*