Ibu Dipenjara 14 Bulan, Tikam Paha Halang Anak Keluar Dari Rumah

Seorang wanita naik berang dan sanggup bertindak menikam paha anaknya untuk menghalang remaja itu keluar dari rumah dalam kejadian di Singapura baru-baru ini, lapor Motherhip.

Disebabkan itu, wanita tersebut dijatuhkan hukuman penjara 14 bulan pada hari Rabu (4 Januari) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan alat sehingga boleh menyebabkan kematian.

Menurut Mothership, tertuduh berusia 40 tahun itu mempunyai dua orang anak perempuan berusia 15 dan 20 tahun serta seorang anak lelaki ketika kejadian berlaku.

tikam paha anak
Gambar Hiasan | Kredit: Sianr Harian

‘Pukul dengan kuat hingga senduk jadi bengkok’

Imbas kembali kejadian berlaku pada malam Isnin (20 Jun 2022) apabila tertuduh (dalam keadaan minum minuman keras) bertengkar dengan mangsa lantas memanggil anak sulungnya dan bertanya sama ada dia harus membunuh anak perempuannya itu (mangsa).

Tidak disangka, tertuduh bertindak berani dengan mengambil pisau di dapur dan menikam mangsa di paha kanannya. Difahamkan mangsa juga mengalami luka pada lengannya ketika cuba mempertahankan diri.

Tidak berhenti di situ, tertuduh terus menerus memarahi anaknya itu dan memintanya untuk membersihkan darahnya yang mengalir di lantai rumah.

Lebih teruk lagi, tertuduh kembali ke dapur dan mengambil senduk besi untuk memukul anak perempuannya itu, malah dia dikatakan memukul mangsa dengan kuat sehingga senduk itu menjadi bengkok.

Hubungi polis dan mengaku kesalahannya

Bagaimanapun, pihak polis tiba di tempat kejadian selepas mendapat laporan daripada orang yang tidak dikenali.

Disebabkan itu, tertuduh menyuruh anaknya bersembunyi dan memberi jaminan kepada polis bahawa dia hanya bercakap dengan suara lantang dengan anak sulungnya.

Namun, selepas pihak polis meninggalkan rumah tersebut, tertuduh kembali memukul mangsa dengan dua batang kayu dan kipas elektrik.

Sekitar 3:22 pagi, tertuduh sendiri menghubungi pihak polis dan mengaku bahawa dia telah menikam anaknya itu.

Menurut Mothership, tertuduh naik berang selepas mendengar bahawa anak perempuannya mengaku telah melakukan ‘hubungan’ dengan orang lain.

Susulan itu, Hakim Daerah Eugene Yeo menasihati tertuduh (ibu) agar memperbaiki hubungan dengan anaknya dan meninggalkan tabiatnya yang suka minum minuman keras.

Dalam pada itu, hakim tersebut juga mengingatkannya untuk memumpukan pada penyembuhan (mental) sementara dia berada dalam tahanan.

Sumber: Mothership 

The post Ibu Dipenjara 14 Bulan, Tikam Paha Halang Anak Keluar Dari Rumah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*