Sisi Abang Adalah ‘Honeymoon’ Saya – Angeline Tan

honeymoon angeline

Sisi Abang Adalah ‘Honeymoon’ Saya – Angeline Tan

Selepas hampir dua minggu mengikat ikatan sah, nama pasangan sejoli, pelakon Sabri Yunus dan isterinya Angeline Tan masih lagi menjadi topik dalam kalangan orang ramai, diibaratkan seperti kacang rebus yang digilai ramai.

Baru-baru ini, Angeline atau nama Islamnya, Ardini menyifatkan sisi suaminya, Sabri Yunus adalah ‘lokasi’ bulan madu terbaik buat dirinya hingga memecahkan dunia maya dengan ungkapan manis itu.

Dalam satu temu bual bersama Gempak. baru-baru ini, pengacara bertanyakan kepada Angeline di manakah lokasi mereka berdua untuk berbulan madu.

“Adakah honeymoon di Australia?” soal pengacara, namun jawapan yang diberikan Angeline sangat menusuk sanubari.

“Sisi abang adalah honeymoon saya.

“Sebenarnya bukan tempatnya, (tapi) perasaan dan hati kita, tidak perlu lain tempat. Saya rasa bahagia dan tenang. Itu sahaja,” katanya menerusi temu bual bersama Gempak.

Jawapan yang diberikan Angeline membawa makna yang tersirat, di mana baginya seseorang itu tidak perlu pergi ke tempat-tempat terkenal untuk berasa gembira, kerana rasa itu juga boleh didapati pada orang yang tepat.

Pengacara yang mendengarkan jawapan itu turut mengakui pengakuan Angeline membuatkan dirinya seakan tersipu-sipu dan hatinya berbunga-bunga. 

Beliau berkata demikian selepas ditanya pengacara berhubung tempat bulan madu yang ingin dituju selepas dia dan Sabri sah bergelar suami isteri.

Sabri atau nama panjangnya, Mohd Sabri Yunus turut terkesima dan terharu mendengarkan jawapan yang tidak dijangka itu.

“Sentimental person…”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga maya juga tidak dapat menyorokkan perasaan mereka dan memuji Angeline.

Mereka mengatakan Angeline menyatakan kejujuran dan keikhlasan dalam menyampaikan rasa cinta terhadap Sabri.

Kredit: @astrogempak/Instagram

Segelintir mereka juga menyifatkan Angeline sebagai seorang yang sentimental, di mana setiap bait perkataan yang diungkapkan mempunyai makna tersirat yang mampu menyentuh hari ramai orang dengan cara yang baik.

Kredit: @astrogempak/Instagram

Antara komen dan doa yang ditinggalkan oleh warga maya ialah berkait dengan jodoh mereka dipanjang sampai bila-bila.

Kredit: @astrogempak/Instagram

BACA: Sarimah Ibrahim Bangga Nama Sendiri Walau Dianggap ‘Old Skool’

Pandangan mata beri ‘isyarat’ jelas

Dalam pada itu, Angeline turut mengatakan pada awalnya mereka tidak pernah isytiharkan keadaan mereka kerana baginya dengan pandangan mata sahaja, boleh tahu isi hati masing-masing disebabkan persahabatan yang telah lama terjalin.

“Sebenarnya, banyak benda yang kita tidak perlu cakap kerana dah lama berkawan. Bila kita pandang sesama sendiri, kita sendiri rasa,” ujarnya.

Imbas kembali, Sabri yang sering menggunakan ayat tersirat ketika menghubungi Angeline berkata ketika beliau mahu mengajak isterinya berkahwin, pelawak tersebut hanya menyatakan ajakan tersebut dengan ringkas.

“Saya dah banyak gunakan bahasa berbunga-bunga dan ayat sastera sebelum ini, jadi sampai satu peringkat saya stop dengan ‘jom kita kahwin’,” katanya.

Angeline juga memberikan jawapan yang ringkas dan padat kepada ajakan tersebut dengan mengatakan ‘boleh’ sambil memberi pandangan manis.

Sumber: Gempak

The post Sisi Abang Adalah ‘Honeymoon’ Saya – Angeline Tan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*