Pakar Bius Didakwa Bunuh Ibu Bapa Sendiri, Laung Azan Berulang Kali Di Masjid

pakar bius bunuh ibu bapa

Pakar Bius Didakwa Bunuh Ibu Bapa Sendiri, Laung Azan Berulang Kali Di Masjid

Seorang pakar bius didakwa telah melakukan pembunuhan ke atas ibu bapanya yang sudah uzur dengan kejam di rumah mereka yang terletak di Alexandria, Mesir, lapor Gulf News.

Perbuatan jenayah yang mengerikan itu didapati dilakukan di apartmen mereka di kawasan Faisal Bank di daerah Sidi Bishr.

Sewaktu pegawai Direktorat Keselamatan Alexandria melawat tapak insiden itu, mayat kedua orang tua tersebut dilihat sedang berlumuran darah.

Selepas siasatan awal, Pendakwa Raya telah mengenal pasti anak pasangan itu iaitu seorang pakar bius sebagai suspek utama kejadian pembunuhan tersebut.

Suspek dipercayai sedang bergelut dengan masalah psikologi yang teruk.

Susulan itu, suspek kemudiannya ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut yang lebih terperinci.

Saksi memberitahu media tempatan bahawa selepas suspek melakukan jenayah itu, tertuduh telah melawat masjid berhampiran.

Dia dikatakan melaungkan azan berulang kali, menangis tanpa kawalan dan mula membicarakan perkara yang tidak dapat difahami.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Tragedi pembunuhan itu telah diketahui oleh anak kedua mangsa pembunuhan kejam tersebut.

Anak mangsa yang merupakan seorang jururawat dan menjaga pasangan warga emas itu memberitahu bahawa suspek telah menunjukkan tingkah laku yang mencurigakan.

Bertindak mengikut naluri, anak kedua mangsa kemudiannya bergegas ke apartmen sebelum menemui mangsa yang berlumuran darah.

Beliau kemudiannya segera memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa tempatan.

Lelaki Mengaku Bunuh, Tanam Anak Sendiri Dalam Simen Ditahan Polis

Seorang bapa yang ditahan kerana bersubahat dengan isterinya dalam pembunuhan anak perempuannya berusia dua tahun, turut mengaku membunuh empat anak lelakinya antara 2013 dan 2018.

Lapor Bangkok Post, lelaki tersebut mempunyai 10 orang anak menerusi perkahwinannya bersama isteri di mana, anak sulungnya berumur 22 tahun.

Komander Biro Polis Metropolitan bahagian 2, Pol Mej Jen Atthaphol Anusit berkata perbuatan dapat diketahui selepas saksi memaklumkan kepada pihaknya mengenai keganasan rumah tangga yang kerap berlaku dalam keluarga suspek.

Penangkapan pasangan itu dibuat pada 10 September lalu, selepas pempengaruh media sosial Kanthat Pongpaiboonvej melaporkan pada polis susulan mengesyaki terdapat kejadian penderaan kanak-kanak di sebuah pangsapuri yang terletak di daerah Bang Khen.

Sumber: Gulf News

The post Pakar Bius Didakwa Bunuh Ibu Bapa Sendiri, Laung Azan Berulang Kali Di Masjid appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*