KKD Tawar Pakej 5G Rahmah & Insentif “Postpaid” Rahmah Penjawat Awam

Pakej 5G RAHMAH

KKD Tawar Pakej 5G Rahmah & Insentif “Postpaid” Rahmah Penjawat Awam

KUALA LUMPUR — Bersempena dengan bulan kebangsaan, Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan bahawa kerajaan menawarkan pakej 5G RAHMAH kepada semua rakyat dan Insentif Postpaid RAHMAH  terhadap penjawat awam.

Difahamkam, insentif tersebut hasil kerjasama KKD dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat serta dua syarikat pengeluar peranti, iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia

Maklumnya, kedua-dua pakej perkhidmatan internet tersebut lebih murah berbanding pakej sedia ada di pasaran.

“Pakej 5G RAHMAH ialah pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle) dengan harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240. oo berserta pelan data  sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.  Pakej ini terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Bagi golongan B40, sejumlah 100,000 pelanggan terawal akan menikmati Pakej 5G RAHMAH dengan harga telefon pintar serendah RM120.00. Pakej tersebut akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023 dengan kontrak langganan selama 24 bulan. Pakej ini turut menawarkan tempoh waranti 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA JUGA: Baja Rahmah Diperkenal Dalam Masa Terdekat

Sementara itu, Insentif Postpaid RAHMAH Penjawat Awam juga turut diperkenalkan. Ia sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap penjawat awam.

Di bawah insentif ini, semua penjawat awam akan diberikan rebat RM10 sebulan.

“Ianya terpakai untuk mana-mana pakej postpaid sebanyak RM120.00 setahun. Pakej ini juga berkuatkuasa bermula 31 Ogos,” jelasnya lagi.

Tambah Fahmi, Kerajaan Perpaduan serius dalam usaha merapatkan jurang digital serta memastikan rakyat mendapakan internet berkualiti pada harga berpatutan.

Ini juga selari dengan visi dan kerangka Ekonomi MADANI yang turut memberi fokus kepada inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat.

BACA JUGA: Pakej RAHMAH Haji Tawar Harga Bawah RM 50,000

Sumber: Kementerian Komunikasi dan Digital

The post KKD Tawar Pakej 5G Rahmah & Insentif “Postpaid” Rahmah Penjawat Awam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*