Cacing Hidup Ditemukan Dalam Otak Wanita Di Australia

cacing hidup dalam otak

Cacing Hidup Ditemukan Dalam Otak Wanita Di Australia

CANBERRA, 29 Ogos (Bernama-Xinhua) — Doktor di Australia menemukan cacing parasit hidup dalam otak seorang wanita, penemuan pertama di dunia, lapor Xinhua.

Dalam kajian baharu yang diterbitkan pada Selasa, penyelidik dari Australian National University (ANU) dan Hospital Canberra memperincikan penemuan cacing gelang parasit itu.

Cacing gelang Ophidascaris robertsi yang masih hidup berukuran lapan sentimeter itu yang biasanya ditemukan dalam ular sawa, dikeluarkan daripada otak pesakit wanita berusia 64 tahun selepas pembedahan.

Baca: “Ada Masa Tapau Lagi Jimat,” Lelaki Kongsi Bajet Bulanan Keluarga, Siap Boleh Makan ‘Western’ Hujung Bulan

Dalam satu kenyataan, pakar penyakit berjangkit terkemuka ANU dan Hospital Canberra, Sanjaya Senanayake, berkata kes itu adalah yang pertama di dunia.

Pesakit telah dimasukkan ke hospital tempatan di tenggara New South Wales (NSW) pada 2021 selepas tiga minggu mengalami sakit perut dan cirit-birit.

Selepas pesakit itumula mengalami kealpaan dan kemurungan pada 2022, seorang pakar bedah saraf di Hospital Canberra mengenal pasti kelainan pada lobus hadapan kanan otaknya melalui imbasan MRI.

Hipotesis kajian mengenal pasti bahawa pesakit itu mungkin dijangkiti sama ada telah menyentuh atau memakan rumput asli yang mengandungi parasit yang ditinggalkan oleh ular sawa.

Wanita itu kini masih dalam pemantauan oleh pakar penyakit berjangkit dan otak.

Sumber: BERNAMA-XINHUA

The post Cacing Hidup Ditemukan Dalam Otak Wanita Di Australia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*