Panda Ada Lagi Ke Dekat Zoo Negara?

Panda Ada Lagi Ke Dekat Zoo Negara?

Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa yang ada eyebag? Haa, jawapan dia teramat-amatlah senang, kalau tak dapat jawab, tak tahulah nak cakap apa.

Jawapan dia… Panda!

Panda merupakan haiwan yang sangat comel dan montel. Macam yang dalam cerita Kung Fu Panda tu. Comel kan Po?

Selalunya, kita akan tengok gelagat-gelagat panda ni di YouTube, Facebook, TikTok dan banyak lagi platform. Tapi, kenapa nak tengok dalam skrin kalau boleh tengok depan-depan?

Kita kan ada Zoo Negara Malaysia, yang ada pelbagai jenis haiwan. Salah satunya, dah tentulah panda!

Ramai yang bertanya kepada TikTok Zoo Negara, “Panda ada lagi ke dekat Zoo Negara Malaysia?” dan dijawab oleh mereka dengan jawapan, “Ya! Panda masih ada!”

Ada yang bertanya, bukan ke sebelum ni panda-panda semua dah dibawa pulang ke China?

Haa, Zoo Negara kata, “Panda yang pulang ke China hanyalah Sheng Yi dan Yi Yi”. Dua ekor panda ini merupakan anak kepada Xing Xing dan Liang Liang.

Maksudnya, Xing Xing dan Liang Liang masih ada di Zoo Negara Malaysia. Dalam video TikTok yang dipost oleh Zoo Negara Malaysia, mereka telah menunjukkan gelagat comel dua ekor panda itu.

Siap ajak kita semua datang lawat dia pula tu!

Zoo Negara juga menyatakan sekiranya anda semua mahu ‘adopt’ panda-panda itu, anda boleh melayari ke pautan yang mereka telah sediakan pautan di ruangan komen untuk anda semua ‘adopt’ Xing Xing dan Liang Liang.

Kalau nak tahu, panda merupakan spesis yang terancam sebelum ni. Namun, pada tahun 2021, bilangan panda sudah mula meningkat dan ia tidak lagi menjadi spesis yang terancam.

Secomel-comel panda, jangan sangka ia tidak bahaya. Ingat, panda masih merupakan seekor haiwan. Sekiranya panda rasa dirinya terancam, ia mungkin akan bertindak ganas.

Jadi, berhati-hati ketika melawat panda di Zoo Negara Malaysia. Jangan terlalu seronok sehinggakan anda buat panda-panda itu rasa terancam atau tidak selesa.

Sumber: TikTok  Zoo Negara Malaysia

BACA JUGA: Kekenyangan Telan Monyet, Ular Sawa Hampir 7 Meter Berjaya Ditangkap

 

The post Panda Ada Lagi Ke Dekat Zoo Negara? appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*