Panda Berusia 21 Tahun Yang Dipinjamkan Kepada Zoo Thailand Mati

Panda berusia 21 tahun

Panda Berusia 21 Tahun Yang Dipinjamkan Kepada Zoo Thailand Mati

BANGKOK, 19 April (Bernama) — Lin Hui, panda gergasi berusia 21 tahun, yang dipinjamkan oleh China kepada Thailand, mati di Zoo Chiang Mai Thailand pada awal Rabu.

Pengarah Zoo Chiang Mai, Wutthichai Muangman berkata Lin Hui mengalami pendarahan hidung pada pagi Selasa ketika berada di zon pameran.

Beliau berkata pegawai zoo kemudiannya berunding dengan pakar China untuk rawatan Lin Hui, namun keadaan haiwan itu bertukar kritikal menjelang petang dan akhirnya meninggal dunia.

“Pakar China dan Thailand akan bersama-sama menjalankan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematiannya,” kata Wutthichai pada sidang media hari ini.

Pada malam Selasa, pegawai dari konsulat China di Chiang Mai berada di zoo semasa usaha diambil untuk menyelamatkan panda itu.

“Zoo Chiang Mai telah berunding dengan Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan China untuk Panda Gergasi mengenai pilihan rawatan,” kata konsulat itu dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Menurut kenyataan itu sepanjang 20 tahun berada di Thailand, Lin Hui sangat disayangi oleh rakyat Thailand dan menjadi utusan persahabatan antara China dan Thailand.

Lin Hui dilahirkan pada September 2001 dan berpindah ke Thailand pada 2003. Haiwan itu yang tinggal di zoo sejak itu sepatutnya pulang ke China pada Oktober tahun ini.

Lin Hui dan pasangannya Chuang Chuang adalah sebahagian daripada diplomasi panda Beijing, di mana China menghantar panda gergasi ke negara lain sebagai lambang persahabatan.

Dua panda gergasi itu dipinjamkan ke Thailand sejak 2003. Lin Hui kemudian melahirkan Lin Ping pada 2009. Anak panda itu dihantar pulang ke China pada 2013.

Pada 2019, Chuang Chuang mati akibat serangan jantung.

Sementara itu, Xinhua melaporkan bahawa pemeriksaan kesihatan baru-baru ini menunjukkan panda gergasi itu mengalami indeks fungsi buah pinggang yang tidak normal dan tekanan darah tinggi.

Sumber: BERNAMA

The post Panda Berusia 21 Tahun Yang Dipinjamkan Kepada Zoo Thailand Mati appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*