Ini Rupanya Controller Kapal Selam Titan Ketika Menuju Bangkai Titanic Sebelum Hilang

controller kapal selam titan

Ini Rupanya Controller Kapal Selam Titan Ketika Menuju Bangkai Titanic Sebelum Hilang 

Semalam, dunia dikejutkan dengan kehilangan sebuah kapal selam kecil bernama Titan yang membawa pelancong ke lokasi kapal karam Titanic di pantai timur Kanada pada Ahad.

Menurut laporan, misi ekspedisi Titan yang tiketnya berharga sekitar RM1.59 juta per seorang itu tergendala apabila ia hilang sekitar 370 kilometer dari pantai Newfoundland, Kanada.

Difahamkan seramai lima penumpang yang mengikuti ekspedisi tersebut yang dijalankan oleh OceanGate Expeditions, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat (US).

Namun tahukah anda, kapal tersebut dipandu menggunakan pengawal permainan video (gaming controller) yang sering digunakan oleh orang ramai ketika bermain permainan video di rumah?

Sekiranya difikir dengan lebih mendalam, adakah ia mustahil untuk pengawal permainan sekecil itu digunakan untuk mengawal sebuah kapal selam dalam ekspedisi berisiko tinggi?

Sejak bila pengawal permainan digunakan untuk kapal?

Bagi yang belum mengetahui, sebenarnya penggunaan pengawal permainan dalam mengawal kapal telah digunakan sejak 2018, apabila tentera laut US melancarkan kapal selam  dengan pengawal Xbox.

Kredit: Logitech

Ini kerana pengawal permainan adalah lebih mudah dan murah untuk digunakan daripada kayu bedik, yang tidak mengawal keseluruhan fungsi kapal selam.

Difahamkan pengemudi kapal selam menggunakannya untuk menggerakkan tiang fotonik yang mempunyai fungsi sama seperti periskop.

Selain itu, pengawal permainan video bukan sahaja digunakan pada kapal selam tetapi juga pada meriam laser yang dibina oleh Boeing.

Disebabkan terlalu biasa mendengar pengawal permainan adalah untuk permainan video, perkara itu kemungkinan baharu buat kita.

Lagi hebat, pengawal permainan juga dipercayai turut mengendalikan peralatan bom yang lain dan ia juga telah menjadi standard penggunaan buat juruteknik bom.

BACA: Akhirnya Gambaran Lengkap Kapal Titanic Didedahkan Dalam Bentuk 3D

“Titan dikawal dan dijalankan sepenuhnya oleh pengawal permainan video…”

Perkara itu turut disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif OceanFate Expeditions, Stockton Rush yang mengatakan kapal selam atau digelar Titan itu dikawal dan dijalankan menggunakan pengawal permainan tersebut.

Pengawal permainan video bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam sistem navigasi untuk beberapa kraf atau perkara seperti juruterbang dron tentera, tetapi dalam kes ini, ia adalah pengawal PC Logitech bernilai RM139 sahaja (biasa dijual di Amazon).

Pengawal permainan video yang digunakan adalah permainan Logitech G F710 yang diubah suai di dalam sub yang tidak memerlukan banyak kemahiran atau teknikaliti untuk mengawalnya.

“Ia sepatutnya seperti lif, tidak sepatutnya memerlukan banyak kemahiran,” kata Rush.

Peralatan itu bukan pengawal PlayStation seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang, walaupun itulah yang paling hampir menyerupainya.

Sebaliknya peranti yang serasi untuknya adalah berasaskan Windows, iaitu Windows Vista dan Windows 7.

BACA: ‘Wolverine’ Dikesan Di California, Kali Kedua Disahkan Dalam Tempoh Seabad

Pengawal permainan tidak terlibat sebagai punca?

Apabila ditanya mengenai peralatan tersebut yang diubah suai, Rush berkata bahagian paling penting adalah struktur kapal (tahan tekanan) yang dibina dengan bantuan pakar Boeing, NASA dan Universiti Washington.

Katanya, semua bahagian kapal tersebut boleh dinyah fungsi, walau bagaimanapun penumpang masih akan berasa selamat.

Sementara itu, wartawan koresponden CBS News, David Pogue yang menemuramah Rush turut mendedahkan pengalaman beliau sewaktu latihan kapal selam berkenaan.

Katanya, dirinya pernah mengalami detik sedikit cemas apabila Titan mengalami sedikit masalah mekanikal sewaktu menyelam.

“Sewaktu kami menyelam ke kawasan bangkai Titanic (sebelum ini), kami (bersama kru Titan) hanya mampu menyelam setakat 37 kaki ke bawah sahaja kerana berlaku masalah mekanikal dan memaksa kami naik ke permukaan semula.

“Dan ia adalah masalah tipikal,” katanya, memetik laporan Newsnation.

Jelasnya, risiko seperti itu memang sudah dinyatakan dalam akujanji yang perlu ditandatangani oleh setiap peserta ekspedisi sebelum misi selaman ke Titanic bermula.

Bagaimanapun, sama ada pengawal permainan diubahsuai tersebut ada kaitan atau tidak dengan kejadian Titan hilang, ia belum dapat dipastikan lagi setakat ini.

Difahamkan buat masa ini misi mencari dan menyelamat (SAR) oleh badan penyelamat Kanada masih dijalankan dan sebarang perkembangan terkini akan dilaporkan dari semasa ke semasa.

Sumber: Newnation, Forbes

BACA: Pasangan Ini Tak Sangka Pernah Bergambar Di Tempat Sama Ketika ‘Single’ 11 Tahun Dulu

The post Ini Rupanya Controller Kapal Selam Titan Ketika Menuju Bangkai Titanic Sebelum Hilang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*