Pascabanjir: Wira Merah Terus Siap Siaga, Selenggara Aset

Wira merah terus siap siaga

Pascabanjir: Wira Merah Terus Siap Siaga, Selenggara Aset

KOTA BHARU, 4 Jan (Bernama) — Penutupan pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gual To’Deh di Rantau Panjang, Pasir Mas semalam menandakan pulih sepenuhnya banjir gelombang ketiga di Kelantan.

Di sebalik perkembangan positif itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan masih  dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan selain turut bersedia untuk operasi pascabanjir.

Ia termasuk kerja-kerja menyelenggara hampir 150 kenderaan utiliti yang digunakan sejak bencana alam itu mula melanda Kelantan pada 21 Nov lepas.

Penolong Pengarah Bahagian Kejuruteraan JBPM Kelantan Mohd Emyzan Mohd Apandi berkata semua aset terlibat perlu diselenggara secepat mungkin bagi memastikan ia boleh diatur gerak untuk operasi seterusnya.

“Kita akan buat kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan terhadap aset-aset seperti lori, kenderaan utiliti, kenderaan marin yang terlibat. Kerja-kerja penyelenggaraan turut melibatkan aset-aset yang dipinjam daripada Terengganu, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu

“Sebelum dipulangkan balik kepada negeri-negeri tadi, kita akan buat kerja-kerja untuk flushing, servis dan kita akan pastikan kenderaan-kenderaan tadi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan untuk kesiapsiagaan operasi bomba,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Dipacu kekuatan 10 anggota, bahagian kejuruteraan JBPM Kelantan mampu menyelenggara dan membaik pulih lima hingga enam kenderaan utiliti dengan tempoh kurang sehari bergantung kepada laporan keadaan yang diterima.

Tambah Mohd Emyzan, bahagian itu mengeluarkan kos sekitar RM20,000 hingga RM50,000 setahun untuk mempersiapkan aset bomba selepas banjir.

“Kita akan periksa dulu kerosakan yang berlaku contoh pada bahagian enjin, sistem gear dan sebagainya yang kita terima dalam sistem pemantauan penyenggaraan berkomputer (CMMS).

“Kebiasaannya dalam sehari sudah siap dan kita akan membuat pengujian terlebih dahulu sebelum diserahkan kembali ke balai atau negeri masing-masing,” katanya.

Untuk rekod, JBPM Kelantan telah menggerakkan hampir 1,272 pegawai dan anggota bomba serta 148 aset melibatkan 20 lori, van (11), bot (65), pacuan empat roda (51) dan sebuah helikopter bagi menghadapi banjir musim ini.

Sumber: BERNAMA

The post Pascabanjir: Wira Merah Terus Siap Siaga, Selenggara Aset appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*