Pasukan eSukan Wanita Malaysia Raih Emas Saingan DOTA 2 Di Riyadh

Pingat emas dota 2

Pasukan eSukan Wanita Malaysia, Grills Gaming Raih Emas Saingan DOTA 2 Di Riyadh

Pasukan eSukan wanita Malaysia berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan Global ESport Competition (GEG) kategori DOTA 2 Wanita yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.

Grills Gaming menempa laluan mudah dengan menewaskan Thailand pada perlawanan pertama dengan kemenangan selesa 2-0 sebelum mara ke peringkat separuh akhir.

Pasukan itu sekali lagi mendominasi perlawanan apabila berjaya menumpaskan pesaing dari Argentina 2-0 sebelum berjaya melangkah ke peringkat akhir.

Ibarat ‘tiada pencabar’, Grills Gaming membuktikan kemampuannya apabila berjaya mengalahkan seteru dari Peru 2-0 pada peringkat akhir hingga layak bergelar juara.

Pasukan yang terdiri daripada enam gadis bernama Velnaoh, Auroraa, Hishiko, Lynnie, Butterfly & iStarx tersebut akhirnya berjaya membanggakan nama Malaysia.

Untuk rekod, Grills Gaming pernah ditewaskan pasukan Thailand dalam acara yang sama pada tahun lalu.

Sementara itu, kejayaan enam gadis Grills Gaming mengharumkan nama negara turut dititip di laman Facebook pasukan tersebut pada kelmarin.

“Kami ingin ucapkan terima kasih kepada jurulatih kami yang hebat, WinteR kerana telah menjadikan kami sebagai satu pasukan pada beberapa bulan yang lalu.

“Kepada semua rakan-rakan kami, anda tahu siapa diri anda, yang meluangkan masa dan usaha untuk membantu kami. Sama ada dalam memberikan analisis, dalam berkongsi maklum balas atau nasihat, ucapan terima kasih dari kami,” tulis perkongsian itu lagi.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut juga turut berkongsikan perjalanan mereka demi mendapatkan sekalung pingat emas berkenaan.

“Untuk pasukan separuh masa, tanpa tajaan, tiada bajet dan sampai ke tahap ini merupakan satu pencapaian terbaik.

Ramai orang yang baik hati telah memainkan peranan mereka dalam membantu kami sampai ke hari ini. Kami sangat bersyukur dan gembira kerana tidak mengecewakan semua orang!” akhiri perkongsian tersebut.

Tahniah pasukan Grills Gaming!

BACA: Peguam Terkenal Sulaiman Abdullah Meninggal Dunia

Sumber: Facebook/Grills Gaming

The post Pasukan eSukan Wanita Malaysia Raih Emas Saingan DOTA 2 Di Riyadh appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*