‘Sistem Kesihatan Gaza Bakal Lumpuh’ – NGO

sistem kesihatan gaza lumpuh

‘Sistem Kesihatan Gaza Bakal Lumpuh’ – NGO

SISTEM kesihatan di Semenanjung Gaza yang terjejas akibat konflik buat masa ini disifatkan bakal lumpuh, kata Doctors Without Borders (MSF) semalam.

Memetik Anaodulu Agency, wakil jururawat MSF, Loay Harb berkata demikian rentetan melihat situasi konflik Palestin-Israel yang semakin menegang akhir-akhir ini.

“Hospital semakin kekurangan sumber (perubatan).

“Kami baru-baru ini menyampaikan sejumlah besar stok perubatan, termasuklah ubat-ubatan, narkotik dan keperluan perubatan ke Hospital Al Shifa, iaitu fasiliti pembedahan utama di Semenanjung (Gaza).

“Kami telah hantar segalanya, semua bekalan perubatan apa yang kami ada ke Hospital Al Shifa di Gaza dua hari lepas. Kami melihat ratusan orang berlindung di pusat perlindungan dan agak sukar nak bergerak di dalamnya,” maklum Loay.

Difahamkan, keadaan di hospital berkenaan agak genting kerana jumlah pesakit semakin ramai dan apa yang menyedihkan, mereka menyangka semuanya akan selamat di situ namun sebaliknya yang berlaku.

“Di sana ada terlalu ramai pesakit, mereka fikir hospital ialah tempat yang selamat, tetapi di situ tiada tempat yang selamat. Ruang di sana tidak mencukupi.

“Di sana ada pesakit-pesakit yang perlu dibedah dan mereka terbaring di atas tanah,” tambahnya.

Badan bukan kerajaan (NGO) kesihatan itu menyatakan pihaknya bersedia untuk terus membekalkan bantuan kepada fasiliti-fasiliti perubatan di Gaza sejurus pintu sempadan bagi bantuan kemanusiaan dibuka.

Sumber: Anadolu Agency

The post ‘Sistem Kesihatan Gaza Bakal Lumpuh’ – NGO appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*