

Peguam Nafi Zakir Naik Ditahan Di Oman & Dihantar Ke India
Peguam kepada Dr. Zakir Naik menafikan laporan bahawa penceramah terkemuka itu telah ditahan di Oman dan akan diekstradisi ke negara asalnya, India.
Sebelum ini, beberapa media di India melaporkan Zakir Naik berkemungkinan akan ditahan oleh pihak berkuasa Oman atas pemintaan India.
Penceramah berkenaan kemudian didakwa akan dihantar pulang ke India untuk berdepan dengan beberapa pertuduhan jenayah yang dikenakan ke atasnya.
Menurut The Quint, peguam berkenaan, Mubin Solkar menafikan semua laporan berita tersebut. Mubin Solkar merupakan peguma kepada Zakir Naik yang berpangkalan di Mumbai, India.
Laporan penahanan tersebut mula muncul selepas penceramah berkenaan tiba di Oman pada 22 Mac lepas untuk menyampaikan ceramahnya disana. Difahamkan, kehadiran penceramah tersebut di negara itu adalah melalui protokol rasmi.
Zakir Naik telah diundang oleh pihak kerajaan Oman bagi menghadiri salah satu program kerajaan
Berdasarkan laporan Times of Oman, beliau diundang ke Oman bagi menyampaikan ceramah yang dianjurkan oleh Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Oman.
“Kementerian menerusi Jabatan Pengenalan Islam dan Pertukaran Budaya akan mengadakan ceramah yang bakal disampaikan oleh Dr. Zakir Naik,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Manakala ceramah yang disampaikan oleh Zakir Naik itu bertajuk ‘The Holy Qur’an is a Global Necessity (Al-Qur’an Al-Karim adalah Satu Keperluan Global)’.
Program berkenaan sudahpun selesai berlangsung pada 23 Mac yang bermula pada 9 malam dan tamat dua jam kemudian.
Insh’Allah see you all soon at the lectures.
#أهلا_وسهلا_بالداعية_ذاكر_نايك#ZakirNaik I #ZakirNaikInOman pic.twitter.com/kbpUr6puM0
— Mohammed Al Rahbi I مُحمد الرحبي (@MohammedAlRahbi) March 22, 2023
Seterusnya pada 25 Mac, beliau dijangka akan menyampaikan satu lagi ceramah yang dianjurkan oleh kementerian yang sama.
Tajuk ceramah keduanya adalah ‘Prophet Muhammad (Pbuh) A Mercy to Humankind‘ (Nabi Muhammad SAW: Rahmat Kepada Manusia)
Ceramah berkenaan dianjurkan secara bersama dengan Universiti Sultan Qaboos.
Terdahulu, Zakir Naik muncul menerusi satu video yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Oman di atas layanan yang diberi sebaik beliau tiba di negara itu.
Sheikh Dr Zakir Naik in his first video appearance in Oman, He has a message for the People in Oman.
Jazakum Allahu khairan.
أول ظهور مرئي للشيخ الدكتور ذاكر نايك – حفظه الله – في عُمان، يبلغكم سلامه ويطمئنكم بأنه بخير و بعافية، ويدعوكم جميعًا لحضور pic.twitter.com/sPAGDXkULE…
— Mohammed Al Rahbi I مُحمد الرحبي (@MohammedAlRahbi) March 22, 2023
BACA: Malaysia Muncul Negara Kedua Paling Bahagia Di Asia Tenggara
Sumber: The Quint
The post Peguam Nafi Zakir Naik Ditahan Di Oman & Dihantar Ke India appeared first on Siakap Keli.
Be the first to comment