Pelajar Cemerlang SPM Terima Tajaan Lesen Motor & Kereta

Pelajar Cemerlang SPM Terima Tajaan Lesen Motor & Kereta

Rezeki bagaikan mencurah-curah untuk pelajar cemerlang Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), 2022 yang memperoleh 11A, Muhammad Syahril Saidi, apabila menerima tajaan mengambil ujian lesen memandu bagi motosikal dan kereta secara percuma.

Menerusi perkongsian Datin Noor Haslina Abdullah di Facebook rasmi miliknya memaklumkan pemberian bantuan tersebut. 

Pelajar Cemerlang SPM Ditaja Lesen Motor Dan Kereta Percuma

Syahril, 18, telah menerima tajaan untuk lesen Kelas B dan D itu daripada Akademi Memandu KIST (AMKIST) yang berpusat di Kampung Kandis.

Gambar: Facebook Datin Noor Haslina Abdullah

Datin Noor Haslina Abdullah yang juga Pengarah Urusan AMKIST menjelaskan lepasan SPM itu sebelum ini telah membuat pendaftaran di AMKIST.

Walau bagaimanapun, dia tidak hadiri ke sesi latihan memandu di akademi berkenaan kerana sibuk menjaga ibunya yang ditimpa penyakit strok. Lebih-lebih lagi, Syahril juga gagal hadir untuk menduduki ujian memandu yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada 11 Jun lalu ekoran kematian ibu tercinta.

“Alhamdulillah.. Allah bagi saya berjumpa orang hebat 11A.. memang hebat anak soleh ini, tinggal di rumah bukan menginap di asrama capai 11A,” katanya.

BAC JUGA: Berbakti Hingga Akhir Hayat, Pelajar Cemerlang Imamkan Solat Jenazah Ibu

Jelasnya, bersempena dengan sambutan kelahirannya kelmarin, Datin Noor Haslina berkesempatan memberi sumbangan tersebut.

Sehubungan itu, tarikh ujian memandu bagi motosikal juga telah ditetapkan pada 21 Jun dan ujian memandu bagi kereta pula pada bulan hadapan.

Pelajar spm lesen motor kereta percuma
Gambar: Facebook Datin Noor Haslina Abdullah

“Sempena hari lahir 18 Jun 2023 saya yang ke-52. Dapat saya memberi sumbangan lesen kereta motor percuma pada adik Syahril. Insyallah akan test motor pada 21 haribulan ini dan kereta pada Julai nanti.

“Gagal hadir test 11 Jun 2023 kerana kematian bonda beliau. Gagal datang belajar kereta di akademi memandu KIST untuk menghabiskan jam kerana menguruskan ibunya yang strok,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, Datin Noor Haslina juga menawarkan peluang pekerjaan terhadap kakak Syahril yang baru sahaja menamatkan pelajaran diploma pengurusan halal di Politeknik.

Offer jawatan kerani ke kakak adik soleh hebat, jawatan kerani dengan gaji RM1500.00. Baru tamat belajar Diploma Pengurusan Halal di Politeknik,” maklumnya lagi.

Terdahulu, Syahril dilaporkan telah menerima lebih 10 tawaran pengajian termasuk biasiswa.

Sumber: Facebook Datin Noor Haslina Abdullah

The post Pelajar Cemerlang SPM Terima Tajaan Lesen Motor & Kereta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*