Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk Dijangka Turut Melanda Pahang

Amaran hujan lebat Pahang

Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk Dijangka Turut Melanda Pahang

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Daerah Kemaman di Terengganu dan Kuantan di Pahang dijangka turut mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk sehingga esok, demikian menurut  kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Berdasar kepada kenyataan yang dikeluarkan pada 1 tengah hari itu, Kemaman menjadi lokaliti ketujuh di Terengganu dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk selain enam lokaliti iaitu Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun yang disenaraikan pagi tadi.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga esok turut dikeluarkan bagi Kelantan meliputi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Di Terengganu membabitkan Besut manakala di Pahang membabitkan daerah Jerantut dan Pekan.

Dalam pada it,  laporan terkini yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) setakat 12 tengah hari ini, memaklumkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Johor telah tutup sepenuhnya.

Mengenai status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran pula, NADMA memaklumkan beberapa sungai yang berada pada paras bahaya, kekal dalam tempoh yang sama iaitu di Pahang, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu.

Antaranya ialah Sungai Rompin di Pahang, Sungai Arau, Perlis, Sungai Terengganu, di Terengganu, Batang Oya Sibu di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.

BACA: Nak Pergi Haji Tapi Guna Duit Pinjaman? Ini Jawapan Dari Sudut Hukum

Sumber: BERNAMA

The post Amaran Hujan Lebat Berterusan Tahap Buruk Dijangka Turut Melanda Pahang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*